MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

20 Oktober 2011

PERKAHWINAN ILA...

Hari ni @d nak tulis pasal perkahwinan ila yang mana dalam enry dulu ada @d ceritakan tentang bajunya.Alahamdulilah ila puas hati dengan bajunya...memandangkan dia bekerja di KL jadi kami berhubungan dengan hp sahaja..ada sekali beliau balik kejb dan membawa bakal suaminya sekali..bagi @d adalah penting untuk kenal kedua-dua mempelai ini sebelum majlis berlangsung..@d mahukan kedua-dua mempelai itu selesa jadi bila selesa segala kerja menjadi mudah,mudah untuk berkominikasi mudah nak beri pendapat dan macam - macam lagi.Alhamdulillah pasangan ila ini mudah mesra dan ramah sekali bakal suaminya jugak begitu .apa pun @d doakan mereka ini bahagia hingga keakhirnya..@d minta maaf pada ila kerana agal lambat mengupdate cerita perkahwinan mereka ini.pasangan ini walau pun telah habis majlisnya tetapi masih tetap menghubungi @d selalu bertanya khabar...trimakasih ila abg sangat hargai dan terharu kerana kamu tak penah lupa bertanya khabar abg.ok lah jok kita layan pic majlis ila ni....
 Memandangkan keluasan rumahnya yang luas ila memilih pelamin saiz dewan iaitu dalam 18 kaki
                                Bilik pengantin
                           Meja makan
                             pintu gerbang


        Ketika  datang fitting             Ketika nikah , ketika sanding




Ketika majlis nikah berlangsung




 Persalinan untuk malam berinai-songket purple



                                           
Dalam persalinan persandingan yang merupakan tema pasangan ini iaitu meroon
                 Persalinan untuk acara memotong kek dan juga outdoor shoot..Pic dari op beliau
trimakasih buat ila dan suami seronok bekerjasama dengan kamu berdua pasangan yang simple rileks dan senyum sentiasa ...mereka juga sukakan sesuatu yang simple.semuga kamu berbahagia amin...

19 Oktober 2011

AKHIRNYA..........

Alhamdulillah...shukur sangat...sudah bberapa bulan tidak dapat membuka blog ini akhirnya.....ya allahhhh sukur sangatttt...tentu ada yang tertanya kenapa?(ada ker he..he...)sebenarnya adalah ceritanya tapi biarlah semua itu menjadi rahsia..cukuplah jika Ad katakan semuanya adalah kerana sifat dengki dan sakit hati...entahlah selama ini ad rasa ad tak pernah sakitkan hati sesiapa tapi ialah kita ni manusia biasa kadang kita tak sedari ada yang memandang serong pada kita..tapi biarlah apa pun ad tetap akan tabah dan cekal .....pengajaran yang ad dapat adalah mempercayai sesorang ada batas dan hadnya terutama kawan2...biasalah kawan ketawa ramai sangat tapi kawan menangis susah di cari....adat dunia...apa pun ad tetap maafkan MEREKA yang BERGURAU...sehingga ad tidak dapat membuka blog ad sendiri.......apa pun pada MEREKA itu ad minta maaf jika ad ada salah dan silap...cuma ad nak beritahu ad bukanlah sesiapa, bukan ada butik yang tesergam indah...bukan punya nama yang gah...juga bukan celeberati yang popular...jadi tak perlulah merasa sakit hati atau dengki atau cemburu ...ad hanya mahu mencari rezeki menerusi bakat dan minat yang telah dianugerahkan oleh tuhan..itu saja..tak ada niat untuk berlawan dengan sesiapa...apa yang ad buat hanyalah dari bakat yang dikurniakan tuhan...

5 April 2011

Gubahan,pelamin-kesibukan dalam kesakitan.....

Aduhai...rindunyaaaa...he..bukan rindu pada sapa pun...rindu kat blog ni jerr ha..ha..bukan dah lupa tapi sibuk sangat..banyak benda nak buat tapi tangan ada dua jerr...kalu tangan ada banyak ok gak tapi dah jadi macam sotonglah pulak..he..he emm dalam kesibukan tu..ada pulak kesakitan yang menimpa..hu..hu sakit u...lelebih kalu hujan terasa bisa bisanya ...ha..ha tu kata ucup dalam hantu kak limah..tapi betul ni..ad terjatuh dan menyebabkan tulang belakang tu ada masalah sikit dekat seminggu jugaklah...masa tu ada majlis pulak...aduhhhh bertambah sakit tapi terpaksalah buat gak walaupun dalam kesakitan....cuma pergerakkan tu tak lincahlah..wah..sebelum ni i lincah ke?he..he klah tak nak citer bebanyak dah sakit pun dah ok so kali ni kita lihah persiapan untuk majlis perkahwinan eila.eila ni kerja di kl so kali hanya berjumpa 2/3 kali sajer untuk berbincang selebihnya dia serahkan pada ad tuk memelakukan yang terbaik..dia hanya beri warna tema dan dia juga memberi contoh baju yang dia inginkan...alhamdulilah walau pun tak 100% sama tapi dia puas hati..so kita layan dulu baju yang ad siapkan untuk eila ni..
ni lah patten yg diberikan tapi pengantin mahukan warna meroon..

so nilah baju yang separuh siap ad tambahkan sedikit perincian pada kaki kain tangan dan dada

di tambah dengan batu-batu  dan manik (ni separuh siap)
inilah hasilnya..baju dari kain ciffon ,talipinggang nya ad tukar dari warna yang sama cuma ditambah tampalan lace.
ini pula baju untuk acara potong kek..yang berbeza hanyalah leher dan kainnya..ini juga dari ciffon dan lace.ok untuk kali ini nanti kita lihat pelamin dan sekitar majlisnya pulak...

11 Mac 2011

Gubahan,pelamin,pakej perkahwinan-HITAM PUTIH

Alhamdulillah...dapat gak jengok blog ni walaupun di landa kebizian yang melampau...dah lah terdapat sedikit kemalangan minggu lepas hu..hu..masih terasa sakitnya..hu..hu walau bagaimana pun tetap meneruskan segala pekerjaan dan tugas yang telah diamanahkan..tentang kemalangan tu malas lah nak citer...he..he.minggu ni memang mampat dan padat..tempahan barang hantaran,majlispertunangan dan segala macam alhamdulilah..tanggungjawap tetap akan dilaksanakan ...bila belek2kan rupanya ad lupa nak letak pic hantaran pihak perempuan seperti yang di janji dalam entry pertunangan ayu tu he..he forgot...faktor usia kot...he.he oklah kali ni kita layan pic tu k.Sebenarnya dalam memilih tema hantaran ni yang paling penting kita tahu apa warna yang kita nak ..jangan kita ikut orang je kan..macam juga tema kawin kita kenalah pilih warna yang kita suka barulah kita selesa dan rasa yakin..senang je kalu kita rasa tak yakin kita pilih jer 2/3 warna yang kita rasa paling kita suka lepas tu kita bandingakan atau tanya pendapat orang yang boleh dipercayai...kalu tanya yang tak boleh dipercayai..emmm semua tak kena yang penting kita suka..warna ni apa warna pun cantik tapi kita kena pilih yang kita paling suka.....barulah kita rasa yakin..bukan pilih sekejap pink...seminggu kemudian purple pulak...pas tu 3 hari kemudian merah pulak....kalu macam tu..elok kita wat tema kita tema pelangi semua colour ada he..hee..bukan apa ad hanya nak bagi panduan je...kekadang kita ni rambang mata nampak tu cantik yang ni cantik..sampai feningggg kepalakan...oklah walau apa warna tema yang akan u olls nak pilih...yang penting u olls suka k..

Tapak hantaran


Sireh junjung

Set haruman

Kemeja dan seluar

Songkok dan kain pelekat

Set talipinggang walet dan pen

Buah-buahan dan coklet

Kek coklat


28 Februari 2011

Gubahan/pelamin.......CENDERAHATI DARI SABUN....

Minggu ni agak sibuk jugak..ditambah pulak kesihatan yang tidak mengizinkan..hu..hu bukan demam tapi adalah kemalangan kecil yang membuatkan badan ni sakit-sakit...hu..hu...jadi tak maulah citer panjang-panjang apa kata terus layan jer pic tempahan dari pelanggan ad dari kempas untuk majlis cukur jambul anak beliau.Kraf ini adalah berasakan sabun..
Bahan utama adalah sabun

Bunga hiasan

Riben

Kain net untuk membalutnya

Inilah hasilnya......


25 Februari 2011

Gubahan/pelamin.......BARANG SENDIRI.....

Salam..emmm baru ada masa nak melawat blog sendiri..hu..hu..nasip baik dia tak ada hati dan perasaan kalu ada dah lama blog ni merajuk kot..alaaa cian dia...bukan tak nak up date tapi banyak kerja yang kena settlekan dulu...emm kali ini ad nak citer pasal gubahan...suatu benda yang penting tuk majlis pernikahan juga perkahwinan..ad memang menerima tempahan gubahan jadi adalah kategeri-kategeri terrentu tuk pelanggan memilihnya ada yang ekonomi ,biasa,sederhana dan exklusif..setakat ni ramai yang mengambil yang biasa dan sederhana..itu terserah pada masing masing lahkan..selain itu ad juga ada pakej untuk pasangan maknanyer lelaki dan perempuan jadi kalu dua-dua adalah diskaun sikit...Ad juga menerima tempahan gubahan berdasarkan bahan yang diberi oleh pelanggan..misalnya pelanggan menyediakan semua barang termasuk riben bunga atau renda juga hiasan-hiasan lain...jadi ad akan membuatnye mengikut barang yang telah diberi.So jom kita layan pic yang gubahan ni ad buat mengikut bahan yang telah diberi oleh custmer
Ini adalah bahan asas yang disediakan oleh pelangan sediri

Inilah hasilnyer dari bahan asas yang telah disediakan

Kemeja

Quran dan rehal

Buah-buahan

Kuih-blueberry tart

Sireh junjung

12 Februari 2011

GUBAHAN-HANTARAN MERAH HITAM (Pertunangan Ayu)

Opss...banyaknyer abuk...puhhh.puhhh..he..he lama tak jengah tulah akibatnyerkan...dua tiga minggu lepas sesangatlah sibuknyer....minggu ni pon sibuk gak tapi dengan berkobar-kobar tetap nak menulis gak..mesti..he..he..so minggi ni nak uploadkan pic hantaran pertunangan ayu yang mana dalam entry lepas telah dimasukkan pic beliau dan pelamin tunangnyer...emm alhamdulil dua tiga hari lepas ayu datang untuk conformkan untuk mengambil pakej perkahwinan daripada DZA KOLEKSI..tq kerana mempercaya AD..jadi kita layan dulu pic hantaran pertunangan beliau...
                             HANTARAN DARI PIHAK LELAKI
Set make up




sirih junjung -bentuk yang dipilih sendiri oleh beliau




Coklat-unikkan...pada kotak ada tertulis i ,simbol love dan u..he..he menarik...

Atas permintaan beliau tempat cincin bersama "duit tanda" ditaburi gula-gula

set persalinan
ini adalah hantaran dari pihak lelaki untuk perempuan..nanti kita tgok hantaran pihak perempuan pulak k so bye..bye dulu.




17 Januari 2011

GUBAHAN-PERTUNANGAN AYU..taman ihsan jaya j baharu

Minggu ni agak rileks sikit..cuaca pun tak menentu..lembab jer..mood pun macam lembab gak..he..he tapi keje kena buat jugak.Tempahan pun dah mula ada yang masuk.so kalu ada yang nak kawin ker btunang ker buatlah persiapan anda awal2 ya..dari segi tema warna atau aper jer takut nanti tak sempat pulak..kalu majlis dalam bulan jun sekarang dah bolehlah mencari mak/pak andam,cameraman/konopi juga tukang2 masak....jangan dok kata lmbat lagi..sekarang ni masa cepat sangat berlalukan...pejam celik pejam celik terus pejammm he..he.k kali ni kita layan pic pertunangan ayu dari taman ihsan jaya dekat je dengan tempat ad tu...beliau mengambil pelamin ,gubahan dan solekan tapi ad tak dapat menyolekan dia kerana pada tarikh yang sama ad sudah ada tempahan jadi ad telah memberikannyer pada seorang kawan itupun diatas persetujuan ayu..Utuk pertunangannya ayu memilih tema merah hitam..(Tuk pic gubahannyer kita layan kemudian k) jomlah jengok pic ni...
 
Ayu memilih pelamin 6kaki untuk majlisnyer


Hantaran dari pihak lelaki bertema merah hitam dan dari pihak perempuan bertema hitam putih(pic gubahan kita layan kat entry akan datang)

Ayu setelah siap didandan.Busana yang dikenakan adalah dari DZA
.Pakej pertunangan yang mengandungi pelamin 6x6,gubahan P-7,gubahan L-5,sepasang pakaian serta solekan bernilai rm1000.Ad juga ada pakej pertunangan yang menggunakan mini pelamin.Semua bergantung kepada budget anda..

15 Januari 2011

Gubahan-Pernikahan julia

Kalau entry lepas pengantinnya memilih konsep arab kali ni konsep arab juga menjadi pilihan tetapi lebih simple kerana tidak menggunakan penutup muka..itulah yang dipilih oleh adik julia untuk majlis pernikahannya yang berlangsung di masjid.Beliau telah dimakeupkan di kedai ad.orangnyer juga kecil molek dan simple sajer majlis persandingan akan diadakan pada bulan may nanti insyakallah...so jom kita layan pic dia
Ini ketika memula adik julia datang dan fitting baju

sesudah dmakeup dan sedia untuk majlis pernikahan

14 Januari 2011

GUBAHAN-MAJLIS PERTUNANGAN/PERNIKAHAN PART 2

Salam...wat semua...emm sekarang ni musim ujan kan sejuk sesangat..rasa macam sayang pulak nak tinggalkan selimut ni..he..he emm sejuk ker panas ker kita kena gak teruskan kehidupan kita ni...yang nak kawin teruskan lah niat anda untuk berkahwin...yang nak bertunang teruskanlah niat nak bertunang...yang nak ada bf ker atau gf ker teruskanlah....hidup ni kena teruskan...walau apa pun yang menimpa ..amboi...semangat ni semangat tahun baru kot...hu..hu..ok lah kali ni kita layan pulak sambungan entry yang lepas mengenai majlis pernikahan cik as kita ni..dia memilih tema arab..jomlah kita layan picnyer..
Walau pada mulanya cik as ni tak mahu pelamin tapi setelah dcadangkan akhirnyer beliau bersetuju untuk memilih pelamin kecil ni.Beliau tak tahu pun bagaimana bentuk pelamin yang ad nak buatkan untuk dia cuma beliau hanya minta warna tema merah dan putih...Dan inilah pelamin yang ad buatkan untuk cik as kita..dia memang suka sangat..he..hesimple saja
Inilah wajah plos tanpa makeup cik as kita dan sebelahnyer setelah siap....apa yang lelakarnyer ketika sesi makeup ibu as telah meminta untu memgunakan lipstik yang merah...tapi cik as kita kurang setuju tapi untuk memenuhi permintaan ibunyer maka kami pun bersetuju..sehingga cik as berkata..hu..hu..tak mahu bukak penutup mulut tu...he..hee kelakar masa tu...

ini pic yang ad snap  setelah siap proses pemakaian aksoseris,baju adalah milik cik as sendiri keran beliau ni comel...aksoseris lain adalah dari ad termasuklah bunga tangan tudung rantai dan penutup mulut serta veil.juga aksoseris kat pinggangnyer...

Diatas pelamin pernikahan

Pic dari cameraman yang ditugaskan pada hari itu