MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

7 April 2010

GUBAHAN;Majlis pertunangan Farhana

Bulan ni diawal minggu ad dapat job untuk majlis pertunangan seorang gadis yang tinggal sama tempat tetapi bekerja dikl.Beliau adalah FARHANA...he.he..mcm lagu jinbara pulak farhana oh farhana...Cik farhana ni orangnyer simple jer...tapi dia punya kebimbangan tu...pehhhh...tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar setelah kami berbincang...dan berdiskusi...he..he..sportinglah farhana ni...kelakar pun ada...
LUAHAN; mumula beliau memilih warna pink lepas tu bertukar fikiran kepada coklet tapi akhirnyer beliau memilih warna hijau muda...untuk pelamin ad buatkan pelamin mini berwarna gold.alhamdullillah akhirnyer beliau berpuas hati.so terimakasih buat farhana yang percaya kepada ad untuk menyempurnakan sebahagian dari  majlis pertunangannyer.Keluarganyer juga sporting..sangat tq pakcik..dan makcik serta keluarga yang lain..seronok dengan tugasan kali ini..semuga jodoh kalian berpanjangan dan jangan lupa kalu kawin sok mailah kat kedai ad ya...jom kita layan pic mereka...ooiii orang2 kampung farhana dah bertunang..............
Emm inilah baju yang ad buat khas untuk dipakai oleh farhana ....tapi dia tak dibenarkan tengok baju ni sampai hari majlis...tapi dia hantar spy untuk melihat baju ni...haaa...ngelat ehhhhh......
Ahh..nilah pelamin bertunang untuk cik farhana kita...di sebalik bunga di sebelah kiri tu ada rahsia tau...kita jer yang tahukan farhana.....he..hee...
Emm masa ni..kami dalam persiapan menunggu kedatangan rombongan pihak lelaki  jdi ad tolonglah susunkan barang2 hantaran farhana ni....ad lebih suka barang hantaran disusun begini jadi tidaklah menyesakkan bilik tu..kan...nak amik gambar pun senang dan senang untuk sesapa nak tengok .....tak payah lagi nak terjenguk jenguk dan terjingkit-jingkit....tapi semua terpulanglah pada masing2 untuk farhana ni dia terima idea ad...

Ini adalah sirih yang ditempah oleh farhana untuk diberi pada pihak lelaki....Barang hantaran lain di gubah oleh keluarganye.Nasib baik dapat gak ross krim tu walau pun cuma 6 kuntum....kalau tak...mesti nangisss cik farhana kita tu...he..hee jangan marah haaa....ana...
Haa nilah dia cik farhana kita....ni dia belum makeup lagi....tengoklah tu..dia dengan trade mark dia bila bergambar...walau pun dah diberi last warning oleh kawan-kawan dia dan adi sendiri namun ada dia kisah....eeee ..rasa nak cubit jerrrr....perasan tak leher baju yg dipakai oleh farhana tu..ha tulah dia kelainan pada baju tu..walaupun baju kurung moden tapi bahgian leher tu ad buat lain sikit...tapi bila pakai tudung kenalah masuk kat dalam baru nampak design tu kalu tak penat je..abng buat dek.......
Emm masa ni dia dah tak leh wat aper...kena duduk diam ha..ha...farhana nak solekan nipis sajer dan tak mahu apa2 dibuat pada kening ...bulu mata palsu pun dia tak nak pakai...eishhhh eishhhh.....sempoinyerrr cik adik niii....tapi ok gak dia tetap cantik tanpa aper-aper yang palsu diwajahnyer.....tapi ad tetap nak pastikan dia kelihatan cantik walaupun makeupnyer tidak tebal......
Haaa....ni diaaaa...dah siap dah...bertuahlah abg awak farhana...dahlah cantik....baik....budi bahasa....ramah...he..he puji lebih ni....kawin jangan lupa tau.......
Eh..ehhh ni apa plak ni??...kalau nak tahu nilah geng bus sekolah yang membuli farhana dari awal lagi...tengk tu sampai bunga tangan dia pun korang nak rebut.....sebenarnyer tulah kawan-kawan farhana..yang sporting moting.....sory gurl tak sempat nak touch up you all...jgan marah k...apa pun tq sebab dah bantu abg untuk memakaikan pakaian farhana tu...tq..tq....
Tengok tu...tak renti-renti dok membuli............ish-ishhhh.....
OK pada farhana selamat bertunang dan semuga kamu berdua akan sampai kejinjang pelamin..Abg ad minta maaf kalu ada salah dan silap sepanjang majlis tu hari..terimakasih juga pada keluarga farhana yang ramah dan baik sekali.Layanan dan budi baik anda sekeluarga tetap abg ingati..terimakasih juga kerana memberi kepercayaan kepada DZAKOLEKSI untuk majlis anda.tq banyak-banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada apa-apa nak luahkan......

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.