MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

17 April 2010

Gubahan;Nak buat atau nak beli atau nak tempah.....

Nak buat atau nak beli?...itulah yang selalu bermain dalam fikiran kita tentang sesuatu barang,terutamanya gubahan..nak buat atau nak tempah..Sebenarnya bergantung pada kitalah..kalau kita rasa kita boleh buat dan ada masa nak buat maka elok rasanya kita buat jadi dapatlah kita lahirkan satu hasil kerja kita sendiri...dan tentu kita rasa bangga dengan kreativiti kita.Tapi kalu rasa boleh buat tapi tak ada masa..hah..ni susah  kekadang barang dah beli tapi masih belum sentuh pun kerana tak ada masa..akhirnya beli jugak yang dah siap....Ni pengalaman ad lah bila tanya pada bakal pengantin gubahan tak mahu tempah ker..kebanyakkan mereka berkata nak buat sendiri atau kakak buat atau mak buat atau mak cik,maksu,mak long.mak lang nak buatkan....
tapi akhirnyer....pernah jumpa satu pengantin yang dok menangis kerana gubahannya tak siap sedangkan esok dah nikah dan dah nak bwak semua tu....kesian pulak jadi bila ad kata nak tolong, dia lega sikit tapi bila dia keluarkan barang2 tu ya allahhhhhh.....ampunnnnn tapak hantaran pun belum balut,polysterin pun belom potonggg....hu..hu....Jadi kita kenalah buat keputusan yang betul k...kalau kata nak buat so cari masa untuk membuatnya...kalu tak mahu peningkan kepala tempah saja...memanglah bile menempah kita kena ada budget sikit tapi ianya akan pasti siap mengikut masa...bukan semuanya berharga tinggi ada yang boleh mengikut budget kita..so tepuk dada tanya selera ...kali ni ad nak kongsi ngan semua cara nak buat bekas potpauri.mudah2an dapat memberi idea pada semua.
Em ni bahan-bahan yang kita perlukan potpauri,bekas plastik,bunga hiasan,manik,riben dan tali dari kertas.warna ikut sukalah kan.
Alamak lupa nak sebut tadi.kain net dan renda.sorry...Jadi kain net tu kita potonglah empat segi tepat k ukuran tu ikut suka lah kalu boleh jangan besar sangar agak2 kita boleh ponjotkan bekas yang kita letak didalamnye dah ok.

   Kemudian siapkan riben lebih menarik kalu kita letak 2 warna dan yang besar serta yg kecil..so kta buat riben ni banyak2 dulu.Terserah pada kita nak letak berapa pada satu bekas ,kalu ad ad letak yang besar tu 4 dan yang kecil tu 2
Kemudian kita terus ikat kan dua riben yang berlainan tu supaya senang kita nak lekatkan nanti tak payah kita lekatkan satu persatu...
Ok lepas tu kita masukan potpauri kdalam bekas dan kita telungkupkan dia .kemudia kita temukan hujung kain net tu dan kita ikat macam kat bawah ni

Ok lepas kita ikat kita gunting bahagia atas kain net itu biar ia sama dan kemudian kita gunting manik sepanjang yang kita suka dan gamkan di tengah2 kain itu.
Selepas itu kita gamkan riben yang telah kita buat tadi di kiri dan kanan

 Selepas itu kita lekatkan pula tali kertas di ruang yang kosong itu.kalau nak letak depan belakang pun boleh tapi dsini ad letakan didepan saja.kemudian bolehlah kita letakan bunga hiasan diatasnya.
Ok ni dah nak siap..cuma kita gamkan renda pada tepi bekas tu.kalau nak letak manik pun boleh ikut citarasa masing-masinglah k.
Em dah siap dah kita punya bekas potpauri.boleh juga kalau didalamnya kita gantikan dengan sabun kecil atau bunga rampai.Macammana boleh cuba tak?
Inilsh dia bekas potpauri yang kita buat tadi.Dengan adanya tangkai manik tu kita boleh gantungkan dimana yang kita suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada apa-apa nak luahkan......

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.