MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

14 November 2011

Gubahanku..pelaminku...ceritaku...@ Perkahwinan Julia ..

Selepas menulis entery pasal booking tempoh hari ada gak yang hantar email minta @d ceritakan lagi pengalam yang pernah dilalui sebagai pak andam ni..hu..hu emmm rasanya ada gaklah dua tiga cerita lagi tapi rasanya biarlah @d selang selikan cerita tu..apa pun cerita tu sekadar untuk di jadikan panduan saja khas untuk bakal pengantin atau pun sekadar renungan untuk kita...sekadar bkongsi pahit manis kehidupan..bukan untuk memalukan atau membanggakan sesiapa.Bagi yang nak naik pelamin tu nasihat @d pilih dan tetapkan apa yang kita nak tak kira dari segi warna atau apa sajer seelok-eloknya pilih 3 yang paling kita suka lepas tu kita kaji balik dengan membuat sedikit" homework".maksudnya kita kena tahulah sesuai ker ,match ker semua nak kena kaji dulu...tapi yang penting sekali hati kita dan pilihan kita...kalu kita dah suka tu yang penting orang hanya boleh bercakap kenapa tak itu kenapa tak ini dan macam-macam lagi.Meminta pandangan orang lain tak salah tapi kadang-kadang semakin ramai yang ber pandangan kita semakin keliru itulah yang sering terjadi...yang penting tepuk dada tanya selera.
     Misalnya kalu kita pilih warna pink...pasti ada kawan-kawan atau ahli kuarga akan kata kenapa pink?dah commanlah,tak cantiklah.tak sesuailah dan macam-macam lagi.semua ini akan memeningkan kepala pengantin..hu..hu tu yang semakin stress...tu belum pilihan lain macam bentuk pelamin,hantaran.Yang penting ambil pendapat yang bernas pk lagi dan buatlah pilihan yang penting kita sendiri yang suka dengan pilihan itu...em...klah kali ni @d nak kongsi tentang majlis perkahwinan julia yang mana @d dah buat entry nikah dia dulu.
       Untuk majlis persandingan ini beliau memilih putih sebagai tema dan sedikit merah untuk pelamin.Majlis telah berlangsung di dewan jom kita layan pic ....

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada apa-apa nak luahkan......

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.