MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

28 November 2011

Gubahan...Pelamin...dan ceritaku@ Selamat tahun baru hijrah.....

Salam tahun baru hijrah...walaupun masih tak berapa sihat tapi alhamdulillah dah boleh bekerja macam biasa cuma suara ni macam sengau lah plak..ha..ha akibat hidung masih selsema...batuk pun masih ada ahuk..ahuk...emmm sabar jelah nak buat macam mana kan...Sebut pasal tahun baru hijrah ni...Semua dok citer pasal berubah dan penhijrahan....baguslah...tapi bagi diri @d sendiri berubah atau tidak adalah pada hati kita sendiri...tu yang penting..jangan kerana orang berubah kita nak berubah atau jangan kerana kawan berubah kita pun nak berubah..yang penting hati kita tanyalah hati kita apakah benar2 ada keikhlasan disudut hati tuk berubah...tak kiralah apa yang kita nak ubah yang penting iklas....dan bila dah berubah janganlah pulak kita jadi bangga bongkak......oh aku dah berubah....banyak yang @d tgok begitulah..perubahan bukan boleh berlaku dengan drastik sekali apa lagi jika yang nak kita ubah itu perangai kita atau tabiat kita...kita juga harus bershukur kita diberi hidayah tuk berubah...dah bila kita berubah tidak bererti kita telah jadi baik 100 peratus kan!!!!!!
     Pada @d tak ada apa yang nak diubah..hanya nak menguatkan azam nak bekerja lebih keras dan lebih fokus...yang lain-lain tu biarlah hanya diri dan hati ini saja yang tahu....insyakallah....Sebut pasal berubah ni....untuk yang bakal jadi pengantin pun samalah lebih lagi yang perempuan ..jika ko orang dah tetapkan sesuatu tema kenalah tetap pendirian tu jangan pulak lagi 2/3 bulan majlisnya dok berubah lagi..dari pink nak hijau pulak dari hijau nak kelabu pulak....jangan..jangan ingat kalu dah tetap dengan pendirian tu tetapkan walau apa pun yang datang.....bayangkan kalu masa memempah dulu dah setuju segala warna dan pattern tetiba lagi sebulan ko orang pergi kenduri sedara ke sape ker tgok alamak sama pulak dgn yg ko rang nak atau pun lebih cantik...so jangan gabra....jangan balik terus call weading panner ko rang dan kata nak tukar pulak.....pasti korang kena jerit...apa yang boleh korang buat adalah bincang balik dan buat sedikit perubahan agar tidak nampak sama tau jadi lebih menarik bukan terus ahhh aku tak nak tema tu tukar..tukar......mesti haru biru nanti ...so hati hati girlss....oklah.....time to rehat dah...so selamat tahun baru hijrah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada apa-apa nak luahkan......

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.