MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

7 Oktober 2010

GUBAHAN....pertunangan eny & yazir

Salam...buat semua..emm dipenghujung raya ni ad sekali lagi diserang demam ...Sebetulnya ad ni susah nak sakit he...hee.. kata orang antibody kuat tapi dah nama kita ni manusia biasa maka sakit pening tu adatlahkan. tulah yang terjadi..dah lama tak demam agak2 dah hampir setahun...pehhhh..lama tu tetiba masa dok siapkan hantaran untuk pasangan eny dan yazir tempohari memang tak disangkan ad "down" juga...tumpas juga akhirnyer....aduhhhh......nak wat cam ner memula malan je panadol tapi tak gak baik2 jadi dengan berat hati terpaksalah jugak pi klinik tu...malassss betul  part nak jumpa doc ni..tapi kerana bimbang demam yang tak kurang kenalah pegi takut gak sekarang tengah sibuk denggi jadi nak tak nak pilah cek...alhamdullilah cuma demam biasa jer pehhhh shukur sangat...walau dalam tengah bengong ...terpaksa gak siapkan hantaran yang telah di tempah oleh pasang tu....hanya tinggal dua hantaran sajer yang lain dah settle dah dan akhirnyer siap gak...lepas siap jer bertambah2lah demam ni dengan muntah sekali aduiiii......terus lembik...terpaksalah jadi pesakit luar he..he....tapi hari ni dah oklah sikit walau kepala ni macam ada bintang yang bertaburan kat atas tapi dah oklah...so jom kita kongsi gubahan dari eny dan yazir yang memilih tema biru untuk pihak lelaki dan silver untuk perempuan.





Ini adalah hantaran dari perempuan kepada pihak lelaki satu yang tak ada disini adalah gubahan buah maklumlah buah tu yang terakhir sekali ad terima dan ketika tu kepala pun dah ting tong terlupalah pulak nak snap hu..huuu















                                                                             

29 September 2010

Salam raya.....

Biarpun raya sudah berlalu namun kita masih didalam bulan syawal ni jadi tak salahrasanya untuk ad mengucapkan selamat hari raya buat semua maaf zahir batin.Terimakasih kepada pengantin-pengantin lama dan juga pelanggan-pelanggan yang sudi datang menjengok ad ...terutama kepada naz dan ina,ct dan wan,juga kepada bakal pengantin yang tidak lupa mengucapkan selamat hari raya kepada ad..trimakasih banyak banyak...buat ina dan naz tahniah kerana bakal menjadi ibu dan ayah...
sebenarnya dalam bulan puasa yang lepas ad ada lah buat aktiviti seperti menerima tempahan langsir,jahitan manik,dan juga mengubah bunga..biasalah bulan puasa tidak ada aktiviti perkahwinankan.jadi kenalah buat aktiviti lain untuk menampung kos.Jadi kali ini ad nak kongsi beberapa gubahan bunga yang sempat di 'tangkap'picturenyer.terimakasih kepada yang telah menempah.








9 Ogos 2010

GUBAHAN..hadiah dari ibu...

Kali ini Ad nak kongsi pic gubahan yang telah ditempah oleh seorang ibu untu anak lelaki beliau.Gubahan yang memilih tema pink lembut dan putih ini adalah dari pihak lelaki untuk pihak perempuan untuk majlis pertunangan.Ibu kepada pihak perempuan mahukan ianyer simple sahajer kerana ianya melibatkan perjalanan yang jauh..





**Hantaran berupa kasut ini telah diminta oleh ibu yang menempah supaya di bungkus dengan net

Hantan kain ini juga tidak mahu di jadikan bentuk yang pelik-pelik tapi beliau setuju dengan lipatan ini.

Satu lagi hantaran berupa baju kurung juga tidak dibenarkan untuk dibentuk /digubah ..sekadar dilipat



7 Ogos 2010

GUBAHAN...gold

Ini adalah bekas gubahan yang Ad buatkan untuk custmer Ad yang bernama shidah.Bentuk sangkar separuh bulatan bertemakan warna keemasan.Di samping ditambah bunga yang sama warna juga di letakkan beberapa batu kristal untuk hiasan.