MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

7 Jun 2010

GUBAHAN...YAN & SOFI









Ini adalah hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki
nanti kita akan layan pic hantaran pihak lelaki pula..k .


27 Mei 2010

GUBAHAN...buat yan




Ini adalah gubahan untuk yan yang akan melangsungkan pertunangannya tak lama lagi.Beliau menyerahkan sepenuhnya untuk ad memilih warna dan bentuk Jadi ad telah memilih warna terkini iaitu grey,hitam dan silver.Ini adalah sebahagian daripada bahan dan proses pembuatan nya.Insyakallah setelah siap nanti kita kongsi k.

17 Mei 2010

GUBAHAN;SHAFIQ dan LIYA





Em..Kali ni ad nak kongsi gubahan hantaran yang telah di tempah oleh Syafiq dan pasangan beliau Liya.Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada 14 hari bulan yang lepas.









Ini adalah barang hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan yang telah memilih warna putih sebagai tema.Namun untuk menambah seri pada gubahan kami telah bersetuju untuk memasukkan sedikit warna cream dan warna silver.








Ini adalah barang dari pihak perempuan yang memilih warna cream dan oren.Terimakasih pada syafik dan liya yang memberi kepercayaan pada ad untuk menympurnakan gubahan untuk hari bahagia mereka.Selamat pengantin baru pada anda berdua.

I







23 April 2010

Sepi tu indah....

Sepi tu indah....dah biasa dengar ungkapan tukan...betul ker sepi tu indah?....mungkin ya..mugkin tidak...ya kalu kita dah terlalu stress dan sibuk dengan berbagai aktiviti so sesekali nak gak bersendiri relaks...dok diam-diam sambil makan aiscream atau belek majalah...tidak..kalu hari-hari kita dok sorang-sorang..jadi boring pulakkan...macam semua dibuat tak kena masa nilah segala macam "hantu" masuk dalam diri kita...mulalah resah jer...ha..ha.

19 April 2010

Bila orang buat kita.....

emm lain jer tajuk kali ni ek..yalah...apasalah kalu kita sesekali memikirkan sesuatu pekara yang selalu berlegar disekaliling kitakan..kerja tu kerjalah juga he..he..Bukan apa bila fikir kenapalah ada orang suka sangat menghina orang lainkan..apakah itu memberikepuasaan pada diri ker...Tak payah tengok oarang lainlah ad sendiri mengalaminya .bukan orang lain pun tetapi dari kalangan terdekatlah jugak...Bukan untuk mengungkit tapi sekadar untuk renungan..dulu kita ni dihina dikata macam-macam tapi akhirnya kat kita gak mereka datang minta tolong...kalulah ikut rasa marah atau sakit hati mahu je biarkan ..biar dia rasa pulak..Tapi bila fikir balik untung ker kalu kita buat macam tu..berdendam dalam hati...kalu ikut hati yang sakit rasanyer wajar kot..tapi yalah....tak ada untung nyerkan...tapi kadang kala kita kena buat juga sebagai memberi pelajaran pada mereka..betul tak....Tapi pada ad selagi kita boleh sabar kita sabarlahkan...mungkin ada rahmat diatas segala itu...namun sebagai manusia biasa kita takkan lepas dari perasaan dendam .yalah..bila orang dah buat kita kita masih nak senyum ker....aduh hai....tu kena gunakan teknik sabar yang paling maksimum tu....insyakallah..ok.lahh.lupakan lah tu semua wat sementara.Tu hari sedang ad menekan-nekan lattop ni tetiba terpandang satu pic ni lupa nak masuk kat blog ni..Agaknyer tu satu tanda dah tua kot..he..he tak perlah sementara dah ingat ni ad masukkanlah.
Em...nampak sedap tak?..He..he tapi tak boleh makan ni boleh hidu bau jer..ini adalah cup cake dari pada sabun...Sabun tu diparut dan ada yang dihiris ..cupcake ni ad buat untuk seorang pelanggan ad dulu dah lupa pulak nama dia....katanya dia nak gamkan bekasni kat piring kecil yang dia dah beli..tapi itu dia buat sendiri jadi tak adalah pic nyer..ad hanya siapkan cupcake tu sajer...