MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

8 April 2010

GUBAHAN;Model

Minggu lepas ad telah di minta oleh seorang kawan untuk menolong kawan beliau menyolekkan beberapa orang model untuk fsyen show..Emm kebetulan tengah free so ad ok jelah.Acara ini adalah sempena pameran pengantin di plaza kota raya di johor bahru dan juga sempena tamatnya krusus modelling yang diikuti oleh para model semua.Sempat jugalah ad menyolekkan 5 orang model-model tersebut.
Proses penyolekkan sedang berjalan.masing-masing sedang sibuk waktu ni.


Dua dari 5 model yang sudah siap ad makeupkan
Salah seorang model yang ad makeupkan berjaya mendapat salah satu gelaran yang dipertandingkan tahniah kepada beliau.
Sebahagian dari model yang mengambil bahagian dalam acara petang itu,mereka adalah daripada salah satu agensi model yang popular di johor bahru.
Penaja pakaian petang itu bersama model-model yang mengambil bahagian terimakasih kepada beliau yang memberi kepercayaan pada ad untuk membantu beliau.Pengalaman adalah satu pelajaran dan harta yang amat berharga dalam hidup kita.

7 April 2010

GUBAHAN;Majlis pertunangan Farhana

Bulan ni diawal minggu ad dapat job untuk majlis pertunangan seorang gadis yang tinggal sama tempat tetapi bekerja dikl.Beliau adalah FARHANA...he.he..mcm lagu jinbara pulak farhana oh farhana...Cik farhana ni orangnyer simple jer...tapi dia punya kebimbangan tu...pehhhh...tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar setelah kami berbincang...dan berdiskusi...he..he..sportinglah farhana ni...kelakar pun ada...
LUAHAN; mumula beliau memilih warna pink lepas tu bertukar fikiran kepada coklet tapi akhirnyer beliau memilih warna hijau muda...untuk pelamin ad buatkan pelamin mini berwarna gold.alhamdullillah akhirnyer beliau berpuas hati.so terimakasih buat farhana yang percaya kepada ad untuk menyempurnakan sebahagian dari  majlis pertunangannyer.Keluarganyer juga sporting..sangat tq pakcik..dan makcik serta keluarga yang lain..seronok dengan tugasan kali ini..semuga jodoh kalian berpanjangan dan jangan lupa kalu kawin sok mailah kat kedai ad ya...jom kita layan pic mereka...ooiii orang2 kampung farhana dah bertunang..............
Emm inilah baju yang ad buat khas untuk dipakai oleh farhana ....tapi dia tak dibenarkan tengok baju ni sampai hari majlis...tapi dia hantar spy untuk melihat baju ni...haaa...ngelat ehhhhh......
Ahh..nilah pelamin bertunang untuk cik farhana kita...di sebalik bunga di sebelah kiri tu ada rahsia tau...kita jer yang tahukan farhana.....he..hee...
Emm masa ni..kami dalam persiapan menunggu kedatangan rombongan pihak lelaki  jdi ad tolonglah susunkan barang2 hantaran farhana ni....ad lebih suka barang hantaran disusun begini jadi tidaklah menyesakkan bilik tu..kan...nak amik gambar pun senang dan senang untuk sesapa nak tengok .....tak payah lagi nak terjenguk jenguk dan terjingkit-jingkit....tapi semua terpulanglah pada masing2 untuk farhana ni dia terima idea ad...

Ini adalah sirih yang ditempah oleh farhana untuk diberi pada pihak lelaki....Barang hantaran lain di gubah oleh keluarganye.Nasib baik dapat gak ross krim tu walau pun cuma 6 kuntum....kalau tak...mesti nangisss cik farhana kita tu...he..hee jangan marah haaa....ana...
Haa nilah dia cik farhana kita....ni dia belum makeup lagi....tengoklah tu..dia dengan trade mark dia bila bergambar...walau pun dah diberi last warning oleh kawan-kawan dia dan adi sendiri namun ada dia kisah....eeee ..rasa nak cubit jerrrr....perasan tak leher baju yg dipakai oleh farhana tu..ha tulah dia kelainan pada baju tu..walaupun baju kurung moden tapi bahgian leher tu ad buat lain sikit...tapi bila pakai tudung kenalah masuk kat dalam baru nampak design tu kalu tak penat je..abng buat dek.......
Emm masa ni dia dah tak leh wat aper...kena duduk diam ha..ha...farhana nak solekan nipis sajer dan tak mahu apa2 dibuat pada kening ...bulu mata palsu pun dia tak nak pakai...eishhhh eishhhh.....sempoinyerrr cik adik niii....tapi ok gak dia tetap cantik tanpa aper-aper yang palsu diwajahnyer.....tapi ad tetap nak pastikan dia kelihatan cantik walaupun makeupnyer tidak tebal......
Haaa....ni diaaaa...dah siap dah...bertuahlah abg awak farhana...dahlah cantik....baik....budi bahasa....ramah...he..he puji lebih ni....kawin jangan lupa tau.......
Eh..ehhh ni apa plak ni??...kalau nak tahu nilah geng bus sekolah yang membuli farhana dari awal lagi...tengk tu sampai bunga tangan dia pun korang nak rebut.....sebenarnyer tulah kawan-kawan farhana..yang sporting moting.....sory gurl tak sempat nak touch up you all...jgan marah k...apa pun tq sebab dah bantu abg untuk memakaikan pakaian farhana tu...tq..tq....
Tengok tu...tak renti-renti dok membuli............ish-ishhhh.....
OK pada farhana selamat bertunang dan semuga kamu berdua akan sampai kejinjang pelamin..Abg ad minta maaf kalu ada salah dan silap sepanjang majlis tu hari..terimakasih juga pada keluarga farhana yang ramah dan baik sekali.Layanan dan budi baik anda sekeluarga tetap abg ingati..terimakasih juga kerana memberi kepercayaan kepada DZAKOLEKSI untuk majlis anda.tq banyak-banyak.

6 April 2010

GUBAHAN;perkahwinan NAZA dan ZU

Selepas perkahwinan azian ad menyempurnakan pula majlis perkahwinan naza dan zu pada esoknya.Perkahwinan mereka simple tapi meriah mereka mengambil untuk kedua pihak iaitu rumah lelaki dan perempuan
pelamin untuk sebelah perempuan bertemakan meroon dan gold.
Zu sebelum di makeupkan.Seorang yang lembut kelakar dan berbudi.ramah sekali orangnya.

Bersama suami.Naz yang cukup kelakar dan sporting gila tapi bila berhadapan ngan kamera dia cukup gabra..he..he stress katanyer...tapi akhirnya dia dapat gak berikan pose-pose manco untuk cameraman .
Untuk bersandin mereka memilih warna coklet dan krim tengok tu Naz...tengah stress ngan cameraman ....
Masa dalam persalinan untuk acara memotong kek..ha kan dah ilang stress tu...
pasangan yang cukup sporting dan kelakar....
emm ni plak sebelah lelaki yang mengunakan tema hijau putih.Mereka hanya mengambil pakaian ,solekan dan meja makan pengantin.

 Ha...dah tak stress dah cik abang zu tukan...senyum lebar dah...semuga kalian berbahagia dan terimakasih kerana sudi mengambil DZAKOLEKSI untuk majlis kalian.Timakasih...NAZ dan ZU....

1 April 2010

GUBAHAN:PERKAHWINAN AZIAN DAN HAIDIR

TEMPAT DEWAN TAMAN CEMPAKA
13MARCH
WARNA TEMA MEROON GOLD
PELAMIN PUTIH

Terimakasih pada pasangan pengantin yang memberi kepercayaan pada ad untuk meyempurnakan sebahagian daripada majlis mereka.Juga kepada keluarga pengantin yg tak putus-putus mengucapkan terimakasih pada ad kerana rasa puas hati mereka.Terimakasih daun keladi....Semuga semua diberkati amin.

31 Mac 2010

GUBAHAN;Pelamin untuk Azian dan Haidir

                      MAJLIS 13 MARCH
                     DEWAN TAMAN CEMPAKA JOHOR BAHRU.
ni masih dalam proses lagi...sabar..sabar
hah....sikit lagiii lampu plak yang tak nyala kat sebelah tuu...ehhh stresss...he..he
ha..dah ok pun....meja makan pun dah nak siap kat bawah tu...dia nak meja makan kat depan pelamin tu..pentas dewan ni tinggi sesangat....huh...
emmm pintu gerbang dah siap ..
                       walkway..pun dah ok ada bola-bola lagii...
                    pandangan dari bawah pintu gerbang....
                 Meja makan mengunakan warna tema meroon gold
                    Ha....dah siap nilah pelamin untuk azian dan haidir....so dah siap semua persiapannya nanti ad masukan picture semasa majlis nya plak...

GUBAHAN;Menuju bahagia AZIAN dan HAIDIR

28 Februari 2010

GUBAHAN: Cenderahati

Baru-baru ni ada custemer yang menempah cenderahati untuk meja pengantin.Walaupun tak banyak tapi terimakasih AD ucapkan pada kak Za yang menempah untuk majlis sambut menanti beliau.