MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN
YANG SUDI........
18 Disember 2009
GUBAHAN: Selamat tahun baru islam
selamat maal hijarah pada semua umat islam.Adi masih tak dapat menulis lagi kerana ada sedikit masalah pada cputer ni.Rasanya dua atau tiga hari lagi baru ok.Rindu nak menulis..tapi terpaksa ditahan dulu ini pun hanyer sepatah kata sahaja sebagai percubaan ..biasalah manusia pun ada sakit pening..inikan pulak line internet..he..he
11 Disember 2009
GUBAHAN;dugaan....
Sudah beberapa hari tidak menulis ..memang rindu sangat..tapi aper hendak di buatkan..keadaan tidak mengizinkan..banyak benda yang berlaku dalam minggu ini..sesungguhnyer kita ini hanyer manusia yang lemah ,lemah dalam segala segi..Hanya mampu yang dilakukan sekarang adalah beserah kepada tuhan..Hanya dia yang maha mengetahui aper yang tersirat dan tersurat..
7 Disember 2009
GUBAHAN;pelik tapi benar....
Hari ni pepagi lagi dah dapat peringatan dari pada syarikat komunikasi supaya menjelaskan bill .Tapi yang peliknya bill belum pun sampai.Tak tahulah macam maner boleh jadi macam ni...sepatutnyer dalam zaman it ni benda-benda macam ni sudah tidak berlaku lagi..Tak tahu nak salahkan sapa..Pening. jugak kan...emm tak payah pikirlahh kot.. Semalam adi dah tunjukkan bekas hantaran kerawangkan.Kali ni masih kerawang jugak tapi yang ni pelik sikit dan unik .Sebab adi kata pelik dan unik kerana ianya boleh digunakan sebagai bekas hantaran seperti biasa,dan kalu kita terbalikkan ia boleh dijadikan sebagai dulang hantaran atau macam pahar tu...cuma kalau nak di gunakan sebagai ganti pahar kita kenalah gunakan dawai yang agak keras sdikit...yalah takut nanti kalau kita letak benda-benda yang berat macam buah-buahan atau benda berat yang lain ia akan bengkok pulak.Setakat ni adi dah cuba dan alhamdulillah....Mereka yang melihatnya dok bertanyer dari maner tapak itu dibeli?Bila dinyatakan bahawa ini adalah buatan tangan masing-masing macam tidak percaya....Emm macam mana? unik tak?.



6 Disember 2009
5 Disember 2009
GUBAHAN;yang murah tapi cantik...
Hari raya puasa dah lepas dan hari raya haji pulak baru saja berlalu..cam maner ya..sambutan raya-raya tu semua?Tentulah sambutan hariraya puasa tak sama meriahnyer dengan sambutan hari raya hajikan..kalu hari raya puasa semua orang macam teruja gitu..kenapa ya...masing=masinglahkan..mungkin hari taya puasa tu kita sambut selepas kita berpuasa jadi semua orang bersemangat nak sambut raya,Tapi sebenarnyer kedua-dua raya ni pun sama kita harus menyambutnyer dengan penuh shukur.Emm cakap pasal raya ni teringat pulak projek hari raya yang adi buat tu.emm agak terlambat ehh...tak apelah.sebab masa tu adi belum buat block ni lagi jadi tak dapatlah nak masukan cerita pasal projek ni.Tapi tak mengapalah..ok.ni adalah projek hari raya adi.iaitu balang kuih.Balang kuih ni sebenarnyer adi buat dari balang plastik yang biasa tu..alah yang tutup merah merah tu..Sambutannyer memang menggalakan sampai tak menenang tangan untuk membuatnyer.Banyak kelebihannyer balang ni ..yang utamanyer dia tak pecah...walau cantik kita tak perlu risau kalau ianya jatuh....nak cuci senang sajer lap jer dengan kain basah bahagian dalamnyer..ialah kita cuma letakkan kuih sajerkan jadi tidaklah kotor mana.Ramai jugalah yang order untuk dibuat sebagai hadiah untuk hariraya.Jadi kalu sesiapa yang berkenan bolehlah hubungi adi untuk tempah.maklumlah ni dah nak habis tahunkan jadi boleh gunakan untuk hariraya tahun depan..Emm projek ni adi dah buat selama empat tahun dah..Tahun depan pun memang nak buat lagi tapi belum pastilah aper konsepnyer tengah cari idea ni..



4 Disember 2009
GUBAHAN;kerana baju aku dihina....
2 Disember 2009
GUBAHAN;rindunye......
Entah kenapa hari ni rasa rindu sangat pada seseorang.Emmm jangan salah faham ehh...bukan rindu pada kekasih tau tapi rindu pada seorang insan yang sangatttttttttt adi sayangi iaitu arwah mak...mak dah hampi 6 tahun tinggalkan adi tapi rasa macam baru semalam jer dan terasa macam arwah mak tetap bersama lagi.Rindu sangat pada wajah,pada senyum pada leteran dia.Rindu nak baring atas ribaannyer,,,Sebelum ni memang tak pernah berpisah dengan arwah.Dari kecil hinggalah dia meninggal.Mak menjaga dari kecil sehinggalah dewasa sayangnyer pada anak dia yang sorang ni tuhan sajer yang tahu.Waktu adi bkerja dulu mak tak akan makn selagi adi belum balik kalu malam adi balik,malamlah baru dia makan.Risaunyer dia kalu anak bujang dia ni lambat balik.dan kalu balik siaplah berdepan dengan leteran dia..Tapi sekarang dah tak ada sesiapa lagi dah yang dapat memberikan kasih sayng seperti mak.Betullah aper yang dikatakan hartabenda,kawan atau sahabat dapat kita cari tapi mak kita hanya satu dan yang satu itu takkan berganti.Walaupun arwah mak tidak berapa bersetuju bila adi ingin menerukan minat dan bakat adi ni tapi dia tetap memberikan sokongan akhirnyer.Mak tetap memberikan nasihat agar membuat sesuatu biar iklas dan jujur.Mak juga orang yang pertama tahu kalu adi ada masalah walaupun tidak bercerita pada dia tapi dia pandai mengagak.Hidup mak penuh dengan ranjau dalam membesarkan anaknya ini.Mak ditinggalkan oleh suaminyer ketika adi berusia 3 hari.Mak diduakan,,,kasihnyer dpermainkan.Walaupun pengorbanan mak meninggalkan keluarga demi suami tercinta tapi akhirnye mak dipersia-siakan.Hidup mak memang derita, batin mak sangat tersiksa walau mak tak pernah cerita tapi kadang kala adi lihat mak menangis mengenangkan nasipnya.Walau pun bersusah payah namun mak tetap tabah memberikan adi pelajaran sehingga satu tahap mak sudah tidak berdaya lagi Dan ketika itu adi sudah nekad tidak mahu menyusahkan mak lagi ...Shukurlah sempat juga mak merasa sedikit kebahagian selepas adi bekerja..mak kelihatan gembira sekali bila gaji pertama seutas rantai leher tersarung pada lehernyer.Shukur alhamdulillah..walau tidak semewah mana tapi adi tahu mak cukup bahagia.Tapi belom sempat adi melakukan banyak lagi mak sudah di jemput tuhan.mak pergi dalam keadaan sihat walafiat di atas pangkuan anak kesayangannyer ini.Semuga tuhan menempatkan mak bersama-sama orang yang soleh.Hanyer doa buat mak semuga mak tenang di sana.Sesungguhnyer rindu ini semakin kuat..kuat sangat..paling adi rindu adalah untuk meletakan kepala ini diatas ribaan mak.Kini hanya kenangan yang tinggal..kenangan yang tidak akan terlupakan sampai bila-bila.Salah satu kenangan yang paling menyentuh hati adalah bunga lat-lat yang mak hasilkan.Walaupun tidak seberapa tapi ini adalah tanda betapa mak sudah merestui menglibatan adi dalam bidang ini.Kalau dulu sireh lat-lat ini digunakan oleh pengantin lelaki semasa berarak kerumah pengantin perempuan.Kenangan ini akan tetap adi simpan walau pun sudah tidah di gunakan lagi.Senuga arwah mak tenang disana..dan adi tetap akan merindui mak sampai akhir hayat.MAK ANAK MAK NI RINDUUUUU SANGAT... ALFATIHAH..BUAT BONDA TERSAYANG.

1 Disember 2009
GUBAHAN;mendung.......
Semalam adi tak menulis di block ini..tak ada letrik...nasib baik hari ni sudah ok.Tapi adi pulak yang macam tak ada "letrik"he..he bukan apa sedih jer sikit...hu.hu..entahlah kenapa ehh....emmm tak boleh lah beritahu biarlah simpan dihati jer.Biarlah ia tersimpan didalan hati ini ewah...Cuma apa yang adi nak katakan kadangkala kita ni dalam tidak sedar sesekali terluka jugakan.Ialah kita kan manusia selagi manusia bernama manusia selagi itulah ada berbagai perasaan.Ada orang yang memang telah diciptakan tuhan dengan sikap tegas..kuat semangat,berhati waja berani dan sebagainyer.Tak kurang juga ada yang kurang yakin diri,kurang upaya,lemah,dan sebagainyer.Memang kalu boleh semua orang nak jadi yang terbaik...yang berjaya...yang bagus..tapi cuba kita bayangkan kalu dunia ni tak ada yang jahat..semua baik atau sebaliknyer.mesti dunia ni amankan...Begitu juga kita manusia ada berbagai sifat yang semula jadi....siapa yang tak mahu berjaya...Tapi itulah...Memanglah yang miskin boleh kaya..yang lemah boleh kuat kalau berusaha...tapi segala usaha memerlukan masa..bukan macam kita petik suis lampukan..Begitu juga kalu yang jahat nak berubah jadi baik semunnyer perlu masa .Tapi kita janganlah memperkecikan mereka yang inginkan perubahan dan sokongan...pehh kenapa lain sikit hari ni ?..oklah..kita lupakanlah semua tu....di sini adi sertakan pic sebahagian lagi dari cenderahati.so selamat menjamu mata.



29 November 2009
GUBAHAN;yang pelik dan cantik
Hari ini adi di kunjungi oleh kakak angkat yang melangsungkan majlis per tunangan anaknya minggu lepas.Hilang jugak boring...yalah dah lah kesorangan hari ni..dapat gak berborak-borak..tapi sayang mereka datang sekejap saje.Ape pun terimakasih kerana sudi datang menjenguk adi..tapi maaflah tak ada apa yang dapat dihidangkan....he..he air kosong je...Teringat pulak pada kunjungan seorang kawan dulu yang mana mereka datang sekaluarga...beserta anak-anak.Salah seorang dari anaknya telah terlihat pada"sebijik cup cake"yang adi letakkan diatas rak pameran.Anaknyer ingat itu kuih..menangis-nangis dia mahukan benda ni..Sebenarnyer ini adalah tuala kecil yang adi masukkan dalam bekas plastik jadi rupa dia macam cup cake.Ini adalah cenderahati untuk diberi kepada jemputan.Yang mana ianya telah ditempah oleh salah satu pengantin adi dulu.Ini mengunakan dua helai tuala kecil yang berlainan warna.Yang satu lagi pula adalah tuala juga tapi dibentukmenjadi "lolypop"Ini juga menggunakan dua helai tuala kecil.He..he..Walaupun agak pelik sikit tapi cantik ..ianyer menjadi perhatian setiap tetamu.


28 November 2009
GUBAHAN:cenderahati atau cenderamata....
Masih dalam mood hari raya haji kan.....walaupun hari raya haji ni tidak semeriah hari raya puasa tapi kita tetap merayakannya.Tetap ada rendang...ketupatkan...emm seronokkan.tapi..adi tak dapat makan rendang dan ketupat...yalah tak ada orang yang nak buatkan....he..hee nak buat sendiri macam seganlah pulak...jadi raya haji ni adi cuma makan roti sajer.cuma bila pergi kerumah mak angkat barulah dapat makan rendang...emmmm maaf mak...makan banyak semalam he.hee..Hari ni tidak ada kemana pasal awal pagi hari dah hujan...jadi cuma berehat di rumah saja,sambil membelek-belek majalah pesona pengantin keluaran terbaru.Banyak contoh gubahan yang terdapat didalamnyer.oh ya...sejak tulis blok ni adi asyik keluarkan gambar gubahan sajakan..so untuk kali ni adi nak kongsi gambar cenderahati atau cenderamata.Cenderahati ni selalunyer dibuat oleh pengantin untuk diberikan kepada saudara terdekat atau kawan mereka..macam speciallah gitu...tapi kalu nak bagi untuk jemputan yang datang pun boleh jugak...Tapi kenalah buat dalam bilangan yang banyakkan..Kalau ada pengantin yang mengambil pakej perkahwinan dari adi adi suka memberikan mereka cenderahati ni untuk mereka..ada juga yang adi letakkan di meja santapan pengantin.Ini adalah diantara cenderahati yang pernah adi berikan dan buatkan untu mereka...Tapi mana satu ya..cenderahati atau cenderamata..kena fikirlah sendiri....he..he ok so jom layan ....








27 November 2009
GUBAHAN;Selamat Hari Raya Aidiladha.....
- Selamat hari raya haji..atau hari raya korban...sebut pasal korban ni macam-macam yang boleh kita tafsirkan.Korban bukan sekadar korbankan haiwan ternakkan sahaja ada macam-korban yang boleh kita huraikan.Apa yang penting segala pengorbanan yang kita lakukan tidak mengharapkan balasan.Biarlah segala pengorbanan kita tidak dihargai yang penting kita ikhlas.
- Sebut pasal korban jangan pulak kita yang jadi korban...korban kasih he..he tapi tu tak per lagi jangan tekorban sudahlah..maklumlah musim raya ni jadi berhati-hatilah dijalan raya..
- Dalam gubahan pulak ada juga pengorbanan yang diperlukan...Contohnyer dalam membuat gubahan seperti yang tertera..banyak masa yang diperlukan..Gubahan ni berbentuk sangkar yang mana adi membuatnyer sendiri dengan menggunakan dawai.Sangkar ni bukan sangkar yang dibeli ya...ianyer dibuat sepenuhnyer menggunakan tangan..org kata "HAND MADE".Ianyer bermula dari melilit dawai dengan riben yang dipilih.Kemudian dibentuk pulak menjadi bentuk yang dikehendaki kalu hendak membuat bentuk sangkar kita bentuklah sangkar..kalu hendak membentuk bentuk lain terpulang.Membuatnyer kira mencabar jugaklah..tapi hasilnyer...emmmm setakat nilah gubahan yang amat mencabar...he..he..Bukan tidak mahu menggunakan sankar yang dah siap tapi inilah yang di panggil kreativiti..Tapi terpulanglah kepada citerrasa masing-masing...
25 November 2009
GUBAHAN;Hari yang meletihkan tapi seronok..
Dah dua hari tak menulis kat blog ni ..rindu plak...emm sabtu dan ahad memang sibuk sangat kerana ada majlis pertunangan anak kakak angkat..so kenalah tolongkan..semua gubahan pihak lelaki telah diserahkan pada adi untuk membuatnyer cuma warna dan kondep telah ditentukan oleh pihak lelaki...Warna tema yang dipilih adalah warna pink dan putih..biasalah nak diberi....kepada pihak perempuan....biarlah dari warna yang lembutkan...Nampaknyer semua puas hati dengan gubahan yang dihasilkan..alhamdulillah..Emm memang hari tu hari yang kenyang sangat..sampai dah tak larat... mana tidaknyer...mula-mula makan dirumah kakak angkat lepas tu kami kerumah besan dia makan nasi minyak pulak lepas tu barulah kami kemajlis pertunangan anaknyer...makan pulak nasi putih lauk kampung..emmmmm sedap sungguhhh..kuih muih pun macam-macam terimaksih pada CT dan keluarga...sedap sangat .Untuk ABANG n CT selamat bertunang dan kalu kawin nanti jangan lupa cari chik adie k..Untuk semua nilah hantaran mereka berdua..Jom layan...
21 November 2009
GUBAHAN..
Emm hari ni hujan dari pagi lagi...sejuk sangat tapi terpaksa keluar jugak untuk dapatkan barang untuk buat gubahan.Tekak pula masih sakit ditambah pulak dengan batuk..huk..hukk emmm...obat dah makan..Emm hari ni adi nak tunjukan gubahan yang adi janji smalam iaitu dari pihak lelaki.Pihak perempuan dengan tema taman manakalapihak lelaki mahukan konsep ala tradisional..tapi moden ..juga nak simple tapi cantik...setelah dibelek dan di pusing makan terhasillah gubahan ni .yang istimewanya pada bunga hiasannyer kerana ada rempah ratus gitu...bunga lawang..kayu manis dan bunga cengkih..so kalu lepas majlis boleh lah guna untuk masak sup he..hee..oklah jom layan mata...
19 November 2009
GUBAHAN..kata hati...
18 November 2009
GUBAHAN...warna-warna kehidupan
17 November 2009
GUBAHAN...biar seragam...


16 November 2009
GUBAHAN...identitiku
Langgan:
Catatan (Atom)