Hari ini adi di kunjungi oleh kakak angkat yang melangsungkan majlis per tunangan anaknya minggu lepas.Hilang jugak boring...yalah dah lah kesorangan hari ni..dapat gak berborak-borak..tapi sayang mereka datang sekejap saje.Ape pun terimakasih kerana sudi datang menjenguk adi..tapi maaflah tak ada apa yang dapat dihidangkan....he..he air kosong je...Teringat pulak pada kunjungan seorang kawan dulu yang mana mereka datang sekaluarga...beserta anak-anak.Salah seorang dari anaknya telah terlihat pada"sebijik cup cake"yang adi letakkan diatas rak pameran.Anaknyer ingat itu kuih..menangis-nangis dia mahukan benda ni..Sebenarnyer ini adalah tuala kecil yang adi masukkan dalam bekas plastik jadi rupa dia macam cup cake.Ini adalah cenderahati untuk diberi kepada jemputan.Yang mana ianya telah ditempah oleh salah satu pengantin adi dulu.Ini mengunakan dua helai tuala kecil yang berlainan warna.Yang satu lagi pula adalah tuala juga tapi dibentukmenjadi "lolypop"Ini juga menggunakan dua helai tuala kecil.He..he..Walaupun agak pelik sikit tapi cantik ..ianyer menjadi perhatian setiap tetamu.