MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

19 November 2009

GUBAHAN..kata hati...

Emm..hari ni hujan lagi..musim hujanlah katakan...nak buat cammaner.Bila cuaca berubah kesihatan pun agak terganggukan..ni pun dah rasa perit je kat tekak ni...tapi orang tua-tua kata kalu sakit tekak minum air asam jawa atau berkomor dengan air garam..emmm dah cuba dah ok gak kuranglah sikit.Waktu hujan macam ni susah sikit kita nak kemana-manakan ..adi pun nak mencari barang untuk siapkan gubahan yang ditempah ni..mungkin esok kot..Bekas gubahan dah siap tapi belum seratus peratus lagilah,nanti kalu dah siap adi akan masukan gambarnye.Warna temanyer pink..ianyer di putuskan oleh yang tuan punyer badan sendiri.Emm dulu ada satu pasangan tu menginginkan konsep taman tapi mereka tak mahu guna "bunga hidup" dah biasa katanyer.Mereka juga tak mahu terlau banyak bunga..dan mahukan ianyer simple tapi cantik...emmm pening gak kepala tema taman tapi tak nak banyak bunga kerana sudah biasa kata mereka jadi mereka nak lain sikit..Mak oooooi berpusing gak kepala ni nak cari idea...tapi alhamdulilah akhirnyer dapat jugalah..melaksanakan nyer dan pasangan tu cukup puas hati dengan hasil yang telah adi gubahankan untuk mereka.Jomlah kita kongsi bersama antara gubahan mereka tu..kepada D dan H terimakasih di atas kepercayaan anda berdua k. Gubahan ni adalah dari pihak perempuan kepada pihak lelaki..Esok kita tengok pulak hantaran dari pihak lelaki k