DZA KOLEKSI
SENTUHAN SERIBU MAKNA,LUAHAN SEJUTA SEJUTA RASA,DISINI KREATIVITI BERMULA..........
MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN
YANG SUDI........
27 November 2009
GUBAHAN;Lain dari yang lain
Hari ni entah kenapa tetiba jer rasa nak tengok gambar-gambar gubahan yang dulu-dulu.emmm orang dulu-dulu ni lagi kreatifkan..macam-macam mereka buat untuk mengubah..barang-barang hantaran tu..Adie ni pun kerana suka sangat tengok mak cik-makcik dok buat gubahan lah ...tu yang boleh buat kot..he..he.Tak kira samaada barangan tu kain atau bahan makanan semuanyer mereka buatkan dalam bentuk yang kreatif.Tapi kalu tak salah adilah kalu kain tu mereka suka buat bunga atau jadikan burung atau pun buah-buahan.Tapi itu dulu kan..sekarang dah lain pulak semua barang di hiaskan secara simple saja,ringkas.Bagi adi kalu bekas hantaran tu dah cantik kita hanya berikan sedikit sentuhan pada barangannyer jadi tidaklah barang tu tenggelam pulak.Cerita pasal gubahan lama ni adi adalah dapat satu pelanggan ni..mak dia nak tempah bunga telur tapi nak berkonsepkan traditional...tapi nak lain dari yang lain...hah.....bila bagi beberapa cadangan semua dia tidak mahu kerana katanyer ada antara cadangan tu orang dah biasa buat..tapi cadangan adi yang satu ni dia cukup berkenan..iaitu bunga telur dari asam keping atau asam gelugur..alah yang kita buat masak tu...(yg pernah masak tahulah kot..yg tak pernah masak?????ha..haa)kemudian digabungkan dengan pinang,bunga lawang dan bunga cengkih...Emmm mak pengantin tu suka sangat...dengan hasilnyer..tapi bunga telur ni habis bila pengantin keluar kemeja makan..satu pun tak tinggal...kesian mak cik tu..akhirnyer untuk buat kenang-kenangan dia telah menyuruh adi buatkan beberapa tangkai lagi untuk dia...emmm makcik.. lain kali simpanlah siang-siang ya....
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama