MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

28 November 2009

GUBAHAN:cenderahati atau cenderamata....

Masih dalam mood hari raya haji kan.....walaupun hari raya haji ni tidak semeriah hari raya puasa tapi kita tetap merayakannya.Tetap ada rendang...ketupatkan...emm seronokkan.tapi..adi tak dapat makan rendang dan ketupat...yalah tak ada orang yang nak buatkan....he..hee nak buat sendiri macam seganlah pulak...jadi raya haji ni adi cuma makan roti sajer.cuma bila pergi kerumah mak angkat barulah dapat makan rendang...emmmm maaf mak...makan banyak semalam he.hee..Hari ni tidak ada kemana pasal awal pagi hari dah hujan...jadi cuma berehat di rumah saja,sambil membelek-belek majalah pesona pengantin keluaran terbaru.Banyak contoh gubahan yang terdapat didalamnyer.oh ya...sejak tulis blok ni adi asyik keluarkan gambar gubahan sajakan..so untuk kali ni adi nak kongsi gambar cenderahati atau cenderamata.Cenderahati ni selalunyer dibuat oleh pengantin untuk diberikan kepada saudara terdekat atau kawan mereka..macam speciallah gitu...tapi kalu nak bagi untuk jemputan yang datang pun boleh jugak...Tapi kenalah buat dalam bilangan yang banyakkan..Kalau ada pengantin yang mengambil pakej perkahwinan dari adi adi suka memberikan mereka cenderahati ni untuk mereka..ada juga yang adi letakkan di meja santapan pengantin.Ini adalah diantara cenderahati yang pernah adi berikan dan buatkan untu mereka...Tapi mana satu ya..cenderahati atau cenderamata..kena fikirlah sendiri....he..he ok so jom layan ....

27 November 2009

GUBAHAN;Selamat Hari Raya Aidiladha.....


  1. Selamat hari raya haji..atau hari raya korban...sebut pasal korban ni macam-macam yang boleh kita tafsirkan.Korban bukan sekadar korbankan haiwan ternakkan sahaja ada macam-korban yang boleh kita huraikan.Apa yang penting segala pengorbanan yang kita lakukan tidak mengharapkan balasan.Biarlah segala pengorbanan kita tidak dihargai yang penting kita ikhlas.
  2. Sebut pasal korban jangan pulak kita yang jadi korban...korban kasih he..he tapi tu tak per lagi jangan tekorban sudahlah..maklumlah musim raya ni jadi berhati-hatilah dijalan raya..
  1. Dalam gubahan pulak ada juga pengorbanan yang diperlukan...Contohnyer dalam membuat gubahan seperti yang tertera..banyak masa yang diperlukan..Gubahan ni berbentuk sangkar yang mana adi membuatnyer sendiri dengan menggunakan dawai.Sangkar ni bukan sangkar yang dibeli ya...ianyer dibuat sepenuhnyer menggunakan tangan..org kata "HAND MADE".Ianyer bermula dari melilit dawai dengan riben yang dipilih.Kemudian dibentuk pulak menjadi bentuk yang dikehendaki kalu hendak membuat bentuk sangkar kita bentuklah sangkar..kalu hendak membentuk bentuk lain terpulang.Membuatnyer kira mencabar jugaklah..tapi hasilnyer...emmmm setakat nilah gubahan yang amat mencabar...he..he..Bukan tidak mahu menggunakan sankar yang dah siap tapi inilah yang di panggil kreativiti..Tapi terpulanglah kepada citerrasa masing-masing...

GUBAHAN;Lain dari yang lain




Hari ni entah kenapa tetiba jer rasa nak tengok gambar-gambar gubahan yang dulu-dulu.emmm orang dulu-dulu ni lagi kreatifkan..macam-macam mereka buat untuk mengubah..barang-barang hantaran tu..Adie ni pun kerana suka sangat tengok mak cik-makcik dok buat gubahan lah ...tu yang boleh buat kot..he..he.Tak kira samaada barangan tu kain atau bahan makanan semuanyer mereka buatkan dalam bentuk yang kreatif.Tapi kalu tak salah adilah kalu kain tu mereka suka buat bunga atau jadikan burung atau pun buah-buahan.Tapi itu dulu kan..sekarang dah lain pulak semua barang di hiaskan secara simple saja,ringkas.Bagi adi kalu bekas hantaran tu dah cantik  kita hanya berikan sedikit sentuhan pada barangannyer jadi tidaklah barang tu tenggelam pulak.Cerita pasal gubahan lama ni adi adalah dapat satu pelanggan ni..mak dia nak tempah bunga telur tapi nak berkonsepkan traditional...tapi nak lain dari yang lain...hah.....bila bagi beberapa cadangan semua dia tidak mahu kerana katanyer ada antara cadangan tu orang dah biasa buat..tapi cadangan adi yang satu ni dia cukup berkenan..iaitu bunga telur dari asam keping atau asam gelugur..alah yang kita buat masak tu...(yg pernah masak tahulah kot..yg tak pernah masak?????ha..haa)kemudian digabungkan dengan pinang,bunga lawang dan bunga cengkih...Emmm mak pengantin tu suka sangat...dengan hasilnyer..tapi bunga telur ni habis bila pengantin keluar kemeja makan..satu pun tak tinggal...kesian mak cik tu..akhirnyer untuk buat kenang-kenangan dia telah menyuruh adi buatkan beberapa tangkai lagi untuk dia...emmm makcik.. lain kali simpanlah siang-siang ya....

25 November 2009

GUBAHAN;Hari yang meletihkan tapi seronok..

Dah dua hari tak menulis kat blog ni ..rindu plak...emm sabtu dan ahad memang sibuk sangat kerana ada majlis pertunangan anak kakak angkat..so kenalah tolongkan..semua gubahan pihak lelaki telah diserahkan pada adi untuk membuatnyer cuma warna dan kondep telah ditentukan oleh pihak lelaki...Warna tema yang dipilih adalah warna pink dan putih..biasalah nak diberi....kepada pihak perempuan....biarlah dari warna yang lembutkan...Nampaknyer semua puas hati dengan gubahan yang dihasilkan..alhamdulillah..Emm memang hari tu hari yang kenyang sangat..sampai dah tak larat... mana tidaknyer...mula-mula makan dirumah kakak angkat lepas tu kami kerumah besan dia makan nasi minyak pulak lepas tu barulah kami kemajlis pertunangan anaknyer...makan pulak nasi putih lauk kampung..emmmmm sedap sungguhhh..kuih muih pun macam-macam terimaksih pada CT dan keluarga...sedap sangat .Untuk ABANG n CT selamat bertunang dan kalu kawin nanti jangan lupa cari chik adie k..Untuk semua nilah hantaran mereka berdua..Jom layan...

GUBAHAN; pink putih

21 November 2009

GUBAHAN..

Emm hari ni hujan dari pagi lagi...sejuk sangat tapi terpaksa keluar jugak untuk dapatkan barang untuk buat gubahan.Tekak pula masih sakit ditambah pulak dengan batuk..huk..hukk emmm...obat dah makan..Emm hari ni adi nak tunjukan gubahan yang adi janji smalam iaitu dari pihak lelaki.Pihak perempuan dengan tema taman manakalapihak lelaki mahukan konsep ala tradisional..tapi moden ..juga nak simple tapi cantik...setelah dibelek dan di pusing makan terhasillah gubahan ni .yang istimewanya pada bunga hiasannyer kerana ada rempah ratus gitu...bunga lawang..kayu manis dan bunga cengkih..so kalu lepas majlis boleh lah guna untuk masak sup he..hee..oklah jom layan mata...

GUBAHAN..

19 November 2009

GUBAHAN..kata hati...

Emm..hari ni hujan lagi..musim hujanlah katakan...nak buat cammaner.Bila cuaca berubah kesihatan pun agak terganggukan..ni pun dah rasa perit je kat tekak ni...tapi orang tua-tua kata kalu sakit tekak minum air asam jawa atau berkomor dengan air garam..emmm dah cuba dah ok gak kuranglah sikit.Waktu hujan macam ni susah sikit kita nak kemana-manakan ..adi pun nak mencari barang untuk siapkan gubahan yang ditempah ni..mungkin esok kot..Bekas gubahan dah siap tapi belum seratus peratus lagilah,nanti kalu dah siap adi akan masukan gambarnye.Warna temanyer pink..ianyer di putuskan oleh yang tuan punyer badan sendiri.Emm dulu ada satu pasangan tu menginginkan konsep taman tapi mereka tak mahu guna "bunga hidup" dah biasa katanyer.Mereka juga tak mahu terlau banyak bunga..dan mahukan ianyer simple tapi cantik...emmm pening gak kepala tema taman tapi tak nak banyak bunga kerana sudah biasa kata mereka jadi mereka nak lain sikit..Mak oooooi berpusing gak kepala ni nak cari idea...tapi alhamdulilah akhirnyer dapat jugalah..melaksanakan nyer dan pasangan tu cukup puas hati dengan hasil yang telah adi gubahankan untuk mereka.Jomlah kita kongsi bersama antara gubahan mereka tu..kepada D dan H terimakasih di atas kepercayaan anda berdua k. Gubahan ni adalah dari pihak perempuan kepada pihak lelaki..Esok kita tengok pulak hantaran dari pihak lelaki k

18 November 2009

GUBAHAN...warna-warna kehidupan

Hujan lagi....dah tiba musim tengkujuh nikan..so kalu sesaper yang bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada bulan ini atau bulan depan kenalah berhati-hati memilih tempat dan hari ya..yalah kita tentu tak mahu majlis kita tu hilamg kemeriahannyer...walaupun hujan tu rahmat dan kita tak dapat melawan takdir tuhan tapi kita kenalah berikhtiar.contohnyer kita boleh mengadakan majlis kita di dewan..emm bukanlah dewan-dewan besar yang gah tu tapi kalu ada budget aper salahnyerkan....yang aku maksudkan adalah dewan-dewan biasa yang dulumyer dipanggil "dewanraya"..Tapi ada gak family yang kurang setuju kalu dibuat didewan kata mereka tak meriahlah..tak itulah..tak inilah..tapi kalu keadaan macam bulan dan musim tengkujuh ni..kena pikirlah sendirikan..... Begitulah warna-warna kehidupan dalam dunia ni ada musim panas..musim hujan..musim buah...macam perasaan kita juga adakala kita gembira..adakala sedih dan macam-macam lagi;; Dalam membuat gubahan,warna juga memainkan peranan yang penting..kalu silap pilih warna susah juga.Tapi sekarang ni bakal-bakal pengantin dah bijak memilih warna-warna yang mereka suka dan gemari.Tapi kalu terlalu banyak warna juga boleh buat kita"mabuk".seelo-eloknya setelah kita dapat warna yang kita suka kita boleh tambah atau "naikan"seri gubahan kita itu dengan menambah satu atau dua warna lagi..tapi jangan pulak lebih dari tiga warna.pening pulak mata dan kepala nanti...Sesungguhnyer warna-warna dalam kehidupan atau warna dalam gubahan atau aper sajer..membuatkan hidup ini semakin berseri..

17 November 2009

GUBAHAN...biar seragam...

Sebelum membuat gubahan atau hantaran ni kita kenalah fikirkan apakah warna dan konsep yang kita kehendaki.Sebaik-baiknyer biarlah semua gubahan itu seragam seperti kalu memilih untuk menggunakan bakul biar semuanyer mengunakan bakul barulah ianyer nampak cantik jangan pulak satu barang diletakkan didalam bakul tiga barang pulak diletak dalam kotak dua lagi pulak diletak begitu saja di atas dulang..Tapi itu pendapat akulah...aku lebih suka ianyer nampak seragam barulah cantik.Tapi terpulanglahkan...masing-masing ada cita rasa sendiri.

16 November 2009

GUBAHAN...identitiku

Hari ni masih lagi "dok"sibuk mengerjakan blog ni..payah jugaklah pada orang yang tak biasa macam aku ni..tapi tak pelah aku akan cuba hingga berjaya...dalam pada tu aku sempat juga masukan pic gubahan yang menjadi identiti aku..iaitu kerawang.kerawang ni di buat dari dawai dan dililit dengan riben.kemudian barulah dibentukan menjadi bentuk-bentuk yang di ingainkan...walaupun begitu aku tetap juga membuat gubahan yang lain mengikut aper yang di minta oleh pelanggan..maklumlah cita rasa orang nikan tak sama..tapi buat kali ini aku letakan pic gubahan yang menjadi identiti aku...so selamat menjamu mata...



Gubahan/hantaran,pakej perkahwinan,cenderahati,kraf Sebenarnyer sudah lama aku ingin membuat blog ini tapi oleh kerana aku ni tidak berapa celik "IT" maka faham-faham sajelah.Setelah lama aku "tekan-tekan"akhirnyer dapat jugalah aku menghasilkannyer.Jadi pada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku harap bolehlah hubungi aku untuk mendapatkan khidmat aku,selain itu kita boleh juga bertukar pendapat dan pandangan.