MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

6 Ogos 2010

GUBAHAN...dulu dan sekarang..

Emm dah lama tak update block ni..dsebabkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan ..apa nak buatkan kita hanya manusia biasa yang bisa merancang tapi tuhan yang tentukan segalanya.Oklah...semasa ada update blog ni beberapa hari yang lepas ternampak satu msg dari seseoranglah...beliau memberikan komen tentang lipatan kain tu..katanya kalau setakat lipat saje dia pun boleh buat..Emmm terimakasih datas komen beliau..Sebenarnya bukan beliau saja yang boleh buat tapi ramai lagi mereka yang diluar sana boleh buat cuma mahu atau tidak saja.Sebenarnya apa yang ad buat adalah diatas permintaan pelanggan sendiri,kebanyakkan mereka sekarang sudah tidak mahu lagi kain atau baju mereka di gubah menjadi benda-benda yang pelik-pelik..macam jadikan burung,bunga,buah dan sagala macam.kerana kebanyakkan kain dan baju mereka adalah dari bahan-bahan yang lembut bila membentukan jadi bebagai benda akan melibatkan penggunaan pin yang banyak..jadi sekarang mereka nak yang ringkas dan simple..jadi kalu pelangan sendiri tidak mahu barang mereka di gubah macam-macam bentuk takkanlah Ad nak pandai-pandai buat bungalah..menara petronaslah...buah kelapalah atau segala macam..mereka sekarang mahukan yang simple dan ringkas.Bagi Ad terpulang pada pelanggan itu sendirilah..yang penting mereka puas hati..kita kalu hendak puaskan hati semua memang payahkan..yang penting tuan punya badan puas hati.
  Dan bagi Ad hiasan pada bekas gubahan itu juga penting...Tapi terpulang pada citarasa masing-masing dan di tempat AD tempat atau bekas gubahan itu adalah buatan tangan dan bukan ditempah dimana-mana. Oklah untuk kali ini kita kongsi pic gubahan dari kain .Semua ini adalah yang pernah AD buat .Sekadar untuk membezakan dulu dan sekarang ..juga untuk memberitahu bahawa segala bentuk gubahan dari kain tu telah Ad buat dulu tapi kalu ada yang mahukan seperti itu masih juga boleh dibuat,semua terpulang kepada selera masing-masing...TEPUK DADA TANYA SELERA....






ini juga adalah permintaan pelangan



Ini adalah sebahagian daripada gubahan daripada kain yang penah dibuat dulu..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada apa-apa nak luahkan......

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.