MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

28 Januari 2010

GUBAHAN:sentuhan dari luahan

Alhamdulilah...dah lama tak update blog rindu sangat..Sebenarnya banyak sangat peristiwa  yang tidak disangka terjadi diawal tahun ini.Seeungguhnyer banyak peristiwa yang benar-benar mencabar jiwa dan raga seorang insan yang bernama Adi..Sesungguhnya dugaan yang datang tanpa diduga lain yang kita harapkan lain pulak yang datang..semua ini adalah ujian dari tuhan namun alhamdulillah walaupun seberat mana dugaan yang datang AD cuba menghadapinya.Pada teman yang selalu memberi semangat adi ucapkan ribuan terimakasih..Disini adi ingin meminta maaf kepada semua pada yang terluka dan dilukakan...sesungguhnya tiada niat dihati ini untuk melukakan kalian...terimakasih juga pada yang melukakan kerana kelukaan ini mengajar adi untuk lebih tabah dalam menghadapi segala dugaan.Terimakasih kerana memberi kesedaran bahawa dalam hidup ini kita tidak sunyi dari melukakan dan dilukakan..bak kata pepatah buat baik berpada-pada buat jahat cuma sekali sekala...he..he salah ker ni....apa pun.adi akan cuba bangun dengan semangat baru walaupun belum 100% hati dan jiwa ini sembuh namun adi akan cuba dan cuba semuga tuhan akan memberkati segala aper yang telah dan akan adi lakukan.Terimakasih juga pada yang telah banyak menabur budi sesungguhnyer budi kalian tidak dapat dibalas..hanya tuhan sajer yang dapat membalasnyer dan pd yang terasa terhutang budi pada adi sesungguhnyer segala yang adi berikan adalah satu kewajipan dan tanggungjawap sesama insan.Walaupun kita tidak tahu apa yang bakal mendatang nanti namun bersamalah kita berdoa agar kita sentiasa dibawah lindungannyer..Pada yang telah melukakan dan yang telah meletakkan adi dalam situasi dan keadaan yang tidak terduga ini percayalah tiada dendam dihati ini...kalian sudah adi maafkan.terimakasih kerana pelajaran yang amat berguna ini...sesungguhnyer sebaik mana pun hati kita dan seiklas mana pun niat kita tetap akan ada insan dan orang-orang yang tidak dapat membacanyer..hanyer TUHAN yang tahu...
           Ok.bebalik pada blog ini Ad dah buat sedikit ptukaran dimana tajuknya bukan lagi GUBAHAN HANTARAN tetapi AD telah gantikan dengan DZA KOLEKSI....sentuhan dari luahan...itulah nama yang AD gunakan untuk beroperasi.Nama ni dah lama diguna walaupun macam kampung sikit kan tapi oklah...memula tu nak letak nama yang "VOGUE"lah sikit tapi masa nak daftar tu semua nama pilihan yang telah AD cadangkan telah ditolak oleh pihak yang berkenaanlah...jadi malas nak anginkan badan dan kepala jadi nama tu sajer yang terlintas setelah hampir sepuluh nama di tolak...tapi tak apelahkan..yang penting adalah jugak nama tuuu....Tapi dalam diam tak diam dah setahun nama tu digunakan alhamdulilah...semuga tahun ini tuhan akan memurahkan rezeki kita AMIN......