MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

21 Oktober 2011

PERTUNANGAN AFINA-part 1

Kebelakangan ini cuaca agak kurang menentu sikit sekejap hujan sekejap panas tapi kebanyakkanya hujan...mungkin dah sampai musim tengkujuh kot..apa pun hujan ke panas ke kehidupan kena teruskan jugak..walaupun time hujan macam ni virus kemalasan tu agak banyak..tapi kenalah lawan jugak..jadi yang nak naik pelamin tu elok fikir-fikirkan tarikh majlis ya...tapi apa pun semua tu kuasa tuhan kalu tak musim hujan pon kalu tuhan nak turunkan hujan maka hujan juga...kita hanya mampu berikhtiar tapi tuhan yang tentukan.Emm kali ni @d nak kongsi majlis pertunangan Afina dari taman desa perwira.Tema yang dipilih adalah purple tapi setelah berbincang kami setuju untuk memilih purpl yang digandingkan dengan krim jadi tidaklah terlalu gelap..Untuk majlis ini fina telah mengambil pakej hantaran ,baju,pelamin dan solekkan.Sebenarnya fina ni adalah adik kepada salah satu custmer @d yang mana @d penah berkerjasama untuk majlis perkahwinannya.Apa yang kelakarnya ketika @d menyiapkan hantaran untuk fina ini tiba-tiba ibunya ada call dengan nada cemas..katanya pihak lelaki akan menggunakan hantaran yang ditempah dari kedai jadi dia bimbang jika hantaran dari pihak perempuan agak "kurang"dari pihak lelaki....Apa yang dapat @d katakan hanyalah jika makcik percaya pada saya insyakallah saya akan buat yang terbaik....@d faham apa yang dirasa oleh makcik tu..dalam hati ni bimbang juga..mana tahu dari pihak lelaki lagi cantik pulak....bukankah selalunya orang akan menilai yang dari pihak perempuan...tapi dalam pada tu sempat gak @d katakan pada ibu fina bahawa kita bukan bertanding...hu..hu nasip baik tak dilempangnya.....he..he tapi makcik ni sangat sporting dan akhirnya dia berkata makcik percaya kat kooo...aduh..cuak gak ni..apa pun alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan bila melihat hantaran yang telah siap tu ibu fina tersenyum lebar....pehhhh legaaaaa......meh kita kongsi menjamu mata...
Untuk hantaran fina hanya menetapkan mahu menggunakan kotak..bagai mana dan macammana kedudukannya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada @d.Suka sangat kerana diberi kebebasan untuk berkreativiti.Seperti yang dipersetujui kami hanya mengguna purple sebagi highlight jadi tidaklah semuanya akan kelihatan purple.
Bekas hantaran ini boleh digunakan dua cara sama ada tanpa kotak seperti pic di atas atas jika mahu menggunakan kotak,hanya letakkan kotak diatsnya.
Sireh junjung sebagai kepala hantaran,ibu fina mahukan sireh yang tinggi dan beliau memilih pattern ini.
Sejadah
Kain pelekat-di dza koleksi kami tidak mengubah kain-kain menjadi bentuk macam-macam k..kecuali atas permintaan .Kami hanya melipat atau meletakkannya dalam pelbagai gaya ringkas sahaja..
Tuala
Tshirt

Wangian dan body care
hphone
Buah-buahan
                             Kek Lapis
chese kek-@d diminta meletakan buah2an diatasnya kerana keka ini terlalu rendah
                                   Coklet

Deretan barang hantaran yang telah ditugaskan untuk @d juga menyusunnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada apa-apa nak luahkan......

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.