MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

29 Oktober 2011

Gubahanku..pelaminku...ceritaku...@ Nasihat dari kawan..

Hujan lagi...tak pagi petang tak petang malam....emmm tulah dia putaran alam kan...so hujan-hujan macam ni banyak aktiviti dalam rumah sajalah...@d pulak baru selesai mengemas segalam macam barang-barang yang telah digunakan untuk beberapa majlis minggu lepas...tapi kain-kain banyak gak yang tak berbasuh lagi maklumlah cuaca tak menentu so kenalah tunggu ia stabil dulu....emm baru -baru ni adalah kawan-kawan terdekat yang dah tahu pasal blog @d ni selama ni mereka tak tahu pun dan tak diberitahu pun he...he so bila ada yang dah tahu macam-macam komen yang diberikan...ada sprang tu kata...ehh blog kau tu lurus jer...kata-kata pun sopan-sopan manja gitu....gunalah kata-kata debomm sikit baru syok nak baca!!!!!!..emmm ya ker?sopan sangat ehh...he..hee kata orang bahasa melambangkan keperibadian sesorang...harus ker @d gunakan bahasa-bahasa yang very da vouge gitu????..emmm dok pk gak ni...
  yang lain pulak kata "ko buatlah sedikit advise ker..atau macam tunjuk ajar ker tuk pengantin-pengantin macam macamana nak pilih pelamin,pilih tema,pilih hantaran.....Emmm ok gak idea yang ni tapi @d bukanlah sesiapa nak bagi tips-tips ni...kalu ada pun hanya berdasarkan pengalaman...nanti tak ker orang kata elahh tak ada nama pun nak bagi tips bagai!!!!! hu..hu....tapi kalu pk-pk elok gak idea tukan...ialah kita kongsi apa yang kita tahulah...bukan nak tunjuk kita pandai tapi sekadar buat panduan tuk bakal-bakal pengantim...emmm ok..ok @d rasa ok idea yang ni...Tulah antara pendapat kawan-kawan yang dah berapa tak kawan ha..ha..yalah jarang jarang jumpa...sekali jumpa banyaklah cerita...apa pun tqlah pada semua yang memberi nasihat secara percuma tu..@d rasa akan dpertimbangkan...apa pun @d akan cari idea bagaimana nak perbaiki blog ni..kalu boleh @d nak jadikan blog ni sebagai tempat meluahkan apa yang @d rasa disamping tu nak juga bantu kawan-kawan atau adik-adik yang nak buat persiapan disamping tu juga nak jadikan ianya sebagai blog yang santai..Apa kata semua????

27 Oktober 2011

Gubahan & perkahwinan;Perkahwinan As

Beberapa hari yang lepas line celcom ada sedikit masalah .semangat tengah ada k boleh on line hu..hu..apa nak buatkan.tapi ni dah ok..tak lama lagi kita akan menyambut hari raya haji pulak...Nampaknya sebelum raya ni majlis kawin pun macam slow sikit...so @d hanya duduk menyiapkan persiapan untuk majlis-majlis selepas hari raya nanti juga tahun baru nanti..klah untuk kali ini @d nak kongsi majlis perkahwinan As,yang mana dia ni dari majlis pertunangan,nikah hinggalah hari majlisnya beliau telah memberi kepercayaan kepada Dza koleksi untuk melaksanakannya terimakasih pada kepercayaan yang diberi.
Pelamin untuk persandingan yang dibuat di dewan alumunai uitm skudai
Pintu gerbang dan laluan masuk ke pelamin
"Dummy"kek yang kami sediakan untuk as walau pun beliau pada mulanya tidak mahu upacara memotong kek tapi kami sediakan juga hanya untuk bergambar.
As setelah dimakeupkan di bilik belakang dewan.beliau memilih baju maroon untuk majlis persandingannya ini.
                                                Ketika bersanding



22 Oktober 2011

PERTUNANGAN AFINA-part 2

EM macam -macam manusia nikan..tapi tulah kehidupan..kehidupan yang kita lalui sehari-hari .Apa yang penting biarlah kita melalui kehidupan ini dengan tenang dan melakukan apa yang betul bukan membuat benda -benda yang salah.Kita bershukur kerana kita diberi berbagai anugerah oleh tuhan tuk meneruskan kehidupan..ada yang dberi bakat,kepandaian,kecantikkan kecergasan ,kepetahan dan bermacam lagi tapi gunalah untuk kebaikan bukan untuk menyusahkan orang.Oklah jom kita kongsi majlis pertunangan Afina kali ni tentang pelamin dan sekitar majlis pulak..
Inilah pelamin tunang untuk majlis itu.pelamin ini di minta oleh ibu fina .

Cenderahati yang ditempah oleh fina cupcake sabun juga dari DzaKoleksi

                                   Sebelum proses dimakeupkan





                                       Ketika sedang di siapkan

APA?????? 1.5milion us !!dollarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!

Mak oiiiii banyaknyer 1,5milion tu....hu..huu kalu lah dapat tu...agaknyer pasti kedaiku akan sebesar padang bola ha..ha....tapi sapa yang nak bagi banyak macam tu????Ha ni lah dia nak citer semalam waktu bukak email adalah satu email dari seorang yang nama dia ala-ala mat salleh tapi kat ujung tu adalak melayu...dia bagi email mengatakan aku dah menang satu pertandingan dan ada cek yang bernilai 1.5milion tersangkut kat sebuah bank amboi siap bagi nama bank lagi tau famous gaklah bank tu....pas tu sebab tak dituntut cek tu akan lupus jadi kononnyer dia ni tolonglah cashkan dan dia nk hantar kat @dlah tapi...kononnya ada masalah biasalah banyakkan jadi dia kata dia masuk dalam kotak dan gunakan courie servies tuk hantar duit tu ..siap nama syarikat corier tu lagi....jadi dia suruh @d bagi butir-butir diri kat dia nama alamat segala macamlah...dan suruh @d amik kotak tu.. kat kl..cuma calllah nama yang dia sertakan tu nanti orang tu uruskan...amboi..amboi cik mat salleh +melayu kalu nak menipu pun agak-agaklahkan...you ingat bila dengar jer 1.5milion tu i cair macam ais cream ker???? Dah sah-sah hang nak menipu..i tak penah masuk peraduan aper pun...peraduan makeup adalah...eish2 macam -macam cara eh nak menipu dan menjerat orang....so email tu i i dah hantar kat abng polis biarlah mereka siasat sapa punya keje ni...kalu dah nak bagi sangat duit tu hang mailah bagi sendiri...hu..hu hai...1.5 milionnnnn tuu  ..so pada kawan-kawan hati-hati k kalu dapat email yang mengatakan anda menang hadiahke apaer ker siasat dulu tau...kalu betul ada masuk praduan ke apa ker mestilah ada surat rasmi atau benda-benda yang meyakinkanlah.....jangan sampai terjerat pulak.....

21 Oktober 2011

PERTUNANGAN AFINA-part 1

Kebelakangan ini cuaca agak kurang menentu sikit sekejap hujan sekejap panas tapi kebanyakkanya hujan...mungkin dah sampai musim tengkujuh kot..apa pun hujan ke panas ke kehidupan kena teruskan jugak..walaupun time hujan macam ni virus kemalasan tu agak banyak..tapi kenalah lawan jugak..jadi yang nak naik pelamin tu elok fikir-fikirkan tarikh majlis ya...tapi apa pun semua tu kuasa tuhan kalu tak musim hujan pon kalu tuhan nak turunkan hujan maka hujan juga...kita hanya mampu berikhtiar tapi tuhan yang tentukan.Emm kali ni @d nak kongsi majlis pertunangan Afina dari taman desa perwira.Tema yang dipilih adalah purple tapi setelah berbincang kami setuju untuk memilih purpl yang digandingkan dengan krim jadi tidaklah terlalu gelap..Untuk majlis ini fina telah mengambil pakej hantaran ,baju,pelamin dan solekkan.Sebenarnya fina ni adalah adik kepada salah satu custmer @d yang mana @d penah berkerjasama untuk majlis perkahwinannya.Apa yang kelakarnya ketika @d menyiapkan hantaran untuk fina ini tiba-tiba ibunya ada call dengan nada cemas..katanya pihak lelaki akan menggunakan hantaran yang ditempah dari kedai jadi dia bimbang jika hantaran dari pihak perempuan agak "kurang"dari pihak lelaki....Apa yang dapat @d katakan hanyalah jika makcik percaya pada saya insyakallah saya akan buat yang terbaik....@d faham apa yang dirasa oleh makcik tu..dalam hati ni bimbang juga..mana tahu dari pihak lelaki lagi cantik pulak....bukankah selalunya orang akan menilai yang dari pihak perempuan...tapi dalam pada tu sempat gak @d katakan pada ibu fina bahawa kita bukan bertanding...hu..hu nasip baik tak dilempangnya.....he..he tapi makcik ni sangat sporting dan akhirnya dia berkata makcik percaya kat kooo...aduh..cuak gak ni..apa pun alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan bila melihat hantaran yang telah siap tu ibu fina tersenyum lebar....pehhhh legaaaaa......meh kita kongsi menjamu mata...
Untuk hantaran fina hanya menetapkan mahu menggunakan kotak..bagai mana dan macammana kedudukannya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada @d.Suka sangat kerana diberi kebebasan untuk berkreativiti.Seperti yang dipersetujui kami hanya mengguna purple sebagi highlight jadi tidaklah semuanya akan kelihatan purple.
Bekas hantaran ini boleh digunakan dua cara sama ada tanpa kotak seperti pic di atas atas jika mahu menggunakan kotak,hanya letakkan kotak diatsnya.
Sireh junjung sebagai kepala hantaran,ibu fina mahukan sireh yang tinggi dan beliau memilih pattern ini.
Sejadah
Kain pelekat-di dza koleksi kami tidak mengubah kain-kain menjadi bentuk macam-macam k..kecuali atas permintaan .Kami hanya melipat atau meletakkannya dalam pelbagai gaya ringkas sahaja..
Tuala
Tshirt

Wangian dan body care
hphone
Buah-buahan
                             Kek Lapis
chese kek-@d diminta meletakan buah2an diatasnya kerana keka ini terlalu rendah
                                   Coklet

Deretan barang hantaran yang telah ditugaskan untuk @d juga menyusunnya.

20 Oktober 2011

PERKAHWINAN ILA...

Hari ni @d nak tulis pasal perkahwinan ila yang mana dalam enry dulu ada @d ceritakan tentang bajunya.Alahamdulilah ila puas hati dengan bajunya...memandangkan dia bekerja di KL jadi kami berhubungan dengan hp sahaja..ada sekali beliau balik kejb dan membawa bakal suaminya sekali..bagi @d adalah penting untuk kenal kedua-dua mempelai ini sebelum majlis berlangsung..@d mahukan kedua-dua mempelai itu selesa jadi bila selesa segala kerja menjadi mudah,mudah untuk berkominikasi mudah nak beri pendapat dan macam - macam lagi.Alhamdulillah pasangan ila ini mudah mesra dan ramah sekali bakal suaminya jugak begitu .apa pun @d doakan mereka ini bahagia hingga keakhirnya..@d minta maaf pada ila kerana agal lambat mengupdate cerita perkahwinan mereka ini.pasangan ini walau pun telah habis majlisnya tetapi masih tetap menghubungi @d selalu bertanya khabar...trimakasih ila abg sangat hargai dan terharu kerana kamu tak penah lupa bertanya khabar abg.ok lah jok kita layan pic majlis ila ni....
 Memandangkan keluasan rumahnya yang luas ila memilih pelamin saiz dewan iaitu dalam 18 kaki
                                Bilik pengantin
                           Meja makan
                             pintu gerbang


        Ketika  datang fitting             Ketika nikah , ketika sanding




Ketika majlis nikah berlangsung




 Persalinan untuk malam berinai-songket purple



                                           
Dalam persalinan persandingan yang merupakan tema pasangan ini iaitu meroon
                 Persalinan untuk acara memotong kek dan juga outdoor shoot..Pic dari op beliau
trimakasih buat ila dan suami seronok bekerjasama dengan kamu berdua pasangan yang simple rileks dan senyum sentiasa ...mereka juga sukakan sesuatu yang simple.semuga kamu berbahagia amin...

19 Oktober 2011

AKHIRNYA..........

Alhamdulillah...shukur sangat...sudah bberapa bulan tidak dapat membuka blog ini akhirnya.....ya allahhhh sukur sangatttt...tentu ada yang tertanya kenapa?(ada ker he..he...)sebenarnya adalah ceritanya tapi biarlah semua itu menjadi rahsia..cukuplah jika Ad katakan semuanya adalah kerana sifat dengki dan sakit hati...entahlah selama ini ad rasa ad tak pernah sakitkan hati sesiapa tapi ialah kita ni manusia biasa kadang kita tak sedari ada yang memandang serong pada kita..tapi biarlah apa pun ad tetap akan tabah dan cekal .....pengajaran yang ad dapat adalah mempercayai sesorang ada batas dan hadnya terutama kawan2...biasalah kawan ketawa ramai sangat tapi kawan menangis susah di cari....adat dunia...apa pun ad tetap maafkan MEREKA yang BERGURAU...sehingga ad tidak dapat membuka blog ad sendiri.......apa pun pada MEREKA itu ad minta maaf jika ad ada salah dan silap...cuma ad nak beritahu ad bukanlah sesiapa, bukan ada butik yang tesergam indah...bukan punya nama yang gah...juga bukan celeberati yang popular...jadi tak perlulah merasa sakit hati atau dengki atau cemburu ...ad hanya mahu mencari rezeki menerusi bakat dan minat yang telah dianugerahkan oleh tuhan..itu saja..tak ada niat untuk berlawan dengan sesiapa...apa yang ad buat hanyalah dari bakat yang dikurniakan tuhan...