MENERIMA TEMPAHAN GUBAHAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN

YANG SUDI........

23 April 2010

Sepi tu indah....

Sepi tu indah....dah biasa dengar ungkapan tukan...betul ker sepi tu indah?....mungkin ya..mugkin tidak...ya kalu kita dah terlalu stress dan sibuk dengan berbagai aktiviti so sesekali nak gak bersendiri relaks...dok diam-diam sambil makan aiscream atau belek majalah...tidak..kalu hari-hari kita dok sorang-sorang..jadi boring pulakkan...macam semua dibuat tak kena masa nilah segala macam "hantu" masuk dalam diri kita...mulalah resah jer...ha..ha.

19 April 2010

Bila orang buat kita.....

emm lain jer tajuk kali ni ek..yalah...apasalah kalu kita sesekali memikirkan sesuatu pekara yang selalu berlegar disekaliling kitakan..kerja tu kerjalah juga he..he..Bukan apa bila fikir kenapalah ada orang suka sangat menghina orang lainkan..apakah itu memberikepuasaan pada diri ker...Tak payah tengok oarang lainlah ad sendiri mengalaminya .bukan orang lain pun tetapi dari kalangan terdekatlah jugak...Bukan untuk mengungkit tapi sekadar untuk renungan..dulu kita ni dihina dikata macam-macam tapi akhirnya kat kita gak mereka datang minta tolong...kalulah ikut rasa marah atau sakit hati mahu je biarkan ..biar dia rasa pulak..Tapi bila fikir balik untung ker kalu kita buat macam tu..berdendam dalam hati...kalu ikut hati yang sakit rasanyer wajar kot..tapi yalah....tak ada untung nyerkan...tapi kadang kala kita kena buat juga sebagai memberi pelajaran pada mereka..betul tak....Tapi pada ad selagi kita boleh sabar kita sabarlahkan...mungkin ada rahmat diatas segala itu...namun sebagai manusia biasa kita takkan lepas dari perasaan dendam .yalah..bila orang dah buat kita kita masih nak senyum ker....aduh hai....tu kena gunakan teknik sabar yang paling maksimum tu....insyakallah..ok.lahh.lupakan lah tu semua wat sementara.Tu hari sedang ad menekan-nekan lattop ni tetiba terpandang satu pic ni lupa nak masuk kat blog ni..Agaknyer tu satu tanda dah tua kot..he..he tak perlah sementara dah ingat ni ad masukkanlah.
Em...nampak sedap tak?..He..he tapi tak boleh makan ni boleh hidu bau jer..ini adalah cup cake dari pada sabun...Sabun tu diparut dan ada yang dihiris ..cupcake ni ad buat untuk seorang pelanggan ad dulu dah lupa pulak nama dia....katanya dia nak gamkan bekasni kat piring kecil yang dia dah beli..tapi itu dia buat sendiri jadi tak adalah pic nyer..ad hanya siapkan cupcake tu sajer...

18 April 2010

PROJEK UNTUK HARI RAYA.....

Ini adalah satu dari pada projek untuk hariraya nanti dari DZAKOLEKSI.Balang /bekas kuih..Tahun lepas pun Ad buat projek ni jugak.Sambutan alhamdulillah..Bekas ni adalah dari plastik dan tidak mudah pecah..sesuai kalau untuk digunakan sebagai bekas kuih pada hariraya nanti.Terutama kepada yang rumahnya ramai dikunjungi oleh tetamu atau anak2 jadi tak perlu risau akan pecah atau sebagainya.Warna boleh mengikut pilihan sendiri.Jadi pada sesapa yang berminat sama ada untuk kegunaan sendiri atau sebagai pemborong bolehlah hubungi Ad di alamat email untuk keterangan lanjut atau tempahan .
                                                DZAb01-HUJAU
                                                          DZAb02-PUTIH+SILVER
                                                            DZAb03-PINK+SILVER
                                                                DZAb04-GOLD+CREAM

17 April 2010

Gubahan;Nak buat atau nak beli atau nak tempah.....

Nak buat atau nak beli?...itulah yang selalu bermain dalam fikiran kita tentang sesuatu barang,terutamanya gubahan..nak buat atau nak tempah..Sebenarnya bergantung pada kitalah..kalau kita rasa kita boleh buat dan ada masa nak buat maka elok rasanya kita buat jadi dapatlah kita lahirkan satu hasil kerja kita sendiri...dan tentu kita rasa bangga dengan kreativiti kita.Tapi kalu rasa boleh buat tapi tak ada masa..hah..ni susah  kekadang barang dah beli tapi masih belum sentuh pun kerana tak ada masa..akhirnya beli jugak yang dah siap....Ni pengalaman ad lah bila tanya pada bakal pengantin gubahan tak mahu tempah ker..kebanyakkan mereka berkata nak buat sendiri atau kakak buat atau mak buat atau mak cik,maksu,mak long.mak lang nak buatkan....
tapi akhirnyer....pernah jumpa satu pengantin yang dok menangis kerana gubahannya tak siap sedangkan esok dah nikah dan dah nak bwak semua tu....kesian pulak jadi bila ad kata nak tolong, dia lega sikit tapi bila dia keluarkan barang2 tu ya allahhhhhh.....ampunnnnn tapak hantaran pun belum balut,polysterin pun belom potonggg....hu..hu....Jadi kita kenalah buat keputusan yang betul k...kalau kata nak buat so cari masa untuk membuatnya...kalu tak mahu peningkan kepala tempah saja...memanglah bile menempah kita kena ada budget sikit tapi ianya akan pasti siap mengikut masa...bukan semuanya berharga tinggi ada yang boleh mengikut budget kita..so tepuk dada tanya selera ...kali ni ad nak kongsi ngan semua cara nak buat bekas potpauri.mudah2an dapat memberi idea pada semua.
Em ni bahan-bahan yang kita perlukan potpauri,bekas plastik,bunga hiasan,manik,riben dan tali dari kertas.warna ikut sukalah kan.
Alamak lupa nak sebut tadi.kain net dan renda.sorry...Jadi kain net tu kita potonglah empat segi tepat k ukuran tu ikut suka lah kalu boleh jangan besar sangar agak2 kita boleh ponjotkan bekas yang kita letak didalamnye dah ok.

   Kemudian siapkan riben lebih menarik kalu kita letak 2 warna dan yang besar serta yg kecil..so kta buat riben ni banyak2 dulu.Terserah pada kita nak letak berapa pada satu bekas ,kalu ad ad letak yang besar tu 4 dan yang kecil tu 2
Kemudian kita terus ikat kan dua riben yang berlainan tu supaya senang kita nak lekatkan nanti tak payah kita lekatkan satu persatu...
Ok lepas tu kita masukan potpauri kdalam bekas dan kita telungkupkan dia .kemudia kita temukan hujung kain net tu dan kita ikat macam kat bawah ni

Ok lepas kita ikat kita gunting bahagia atas kain net itu biar ia sama dan kemudian kita gunting manik sepanjang yang kita suka dan gamkan di tengah2 kain itu.
Selepas itu kita gamkan riben yang telah kita buat tadi di kiri dan kanan

 Selepas itu kita lekatkan pula tali kertas di ruang yang kosong itu.kalau nak letak depan belakang pun boleh tapi dsini ad letakan didepan saja.kemudian bolehlah kita letakan bunga hiasan diatasnya.
Ok ni dah nak siap..cuma kita gamkan renda pada tepi bekas tu.kalau nak letak manik pun boleh ikut citarasa masing-masinglah k.
Em dah siap dah kita punya bekas potpauri.boleh juga kalau didalamnya kita gantikan dengan sabun kecil atau bunga rampai.Macammana boleh cuba tak?
Inilsh dia bekas potpauri yang kita buat tadi.Dengan adanya tangkai manik tu kita boleh gantungkan dimana yang kita suka.

15 April 2010

GUBAHAN;Cenderahati..

Huuh.....siap juga akhirnye tempahan cenderahati ni....Setelah berminggu-minggu berhempas pulas,bersekang mata,ber...berr..seribu macam ber lagi...alhamdulillah...tempahan telah pun diambil oleh tuan punya badan..dan alhamdulillah beliau berpuas hati dengan hasilnya.Cenderahati ni adalah untuk diberikan pada tetamu pada majlis perkahwinan seorang ahli keluarga beliau.Terimakasih kerana memberi kepercayaan kepada DZA KOLEKSI.Cenderahati berupa sabun kecil ini boleh digantung samaada dalam kereta atau di mana jua ia juga mempunyai baunya yang tersendiri manakala didalam gelas itu pula adalah potpauri tema yang dipilih adalah hijau muda dan sedikit krim serta silver.
Rasanya kalu kita dapat cenderahati ni tentu kita tak buangkan....boleh gantung kat kereta /kat pintu.
Ini pula gelas yang berisi potpauri...
Juga ada haruman yang tersendiri...

13 April 2010

GUBAHAN:Bola-bola....

HA...tajuk tu bukan berkenaan bola sepak...atau bola takraw..tapi bola-bola bunga tu...Tu ari ada custemer ad yang datang dan membawakan bebola yang berwarna purpl dan kuning tu..tekejut gak..apalah yang dia nak ngan bebola tu..rupanya dia nak tempah bebola tu untuk dibuat sebagai gift kepada tetamu padamajlis adik nya yang akan berlangsung pada bulan 12 nanti....Tapi tidaklah sebesar macam tu...he..he kami dah setuju untuk buat kecil sedikit dan akan diberikan sedikit tali untuk tempat mengantungnya jadi bebola tu boleh di gantung didalam kereta atau kat mana ajalah yang boleh kita gantung...teruja gak dengan idea custmer ni...ad pun suka gak ...ialah sesuatu yang kita beri pada orang dankalu orang boleh manafaatkan kita pun rasa banggakan jadi tidaklah benda tu di buang atau dibiar begitu saja.....nantilah kalu dah siap nanti boleh kita tengok sama-sama k...so sekarang ni ad tengah dok cari bahan...tema yang dikehendaki adalah merahputih...
Inilah contoh yang diberikan oleh custemer tempohari.
Ni pulak yang adi gunakan untuk hiasan di pelamin.Tapi yang akan dibuat nanti bukanlah sebesar ni...he..he

8 April 2010

GUBAHAN;Model

Minggu lepas ad telah di minta oleh seorang kawan untuk menolong kawan beliau menyolekkan beberapa orang model untuk fsyen show..Emm kebetulan tengah free so ad ok jelah.Acara ini adalah sempena pameran pengantin di plaza kota raya di johor bahru dan juga sempena tamatnya krusus modelling yang diikuti oleh para model semua.Sempat jugalah ad menyolekkan 5 orang model-model tersebut.
Proses penyolekkan sedang berjalan.masing-masing sedang sibuk waktu ni.


Dua dari 5 model yang sudah siap ad makeupkan
Salah seorang model yang ad makeupkan berjaya mendapat salah satu gelaran yang dipertandingkan tahniah kepada beliau.
Sebahagian dari model yang mengambil bahagian dalam acara petang itu,mereka adalah daripada salah satu agensi model yang popular di johor bahru.
Penaja pakaian petang itu bersama model-model yang mengambil bahagian terimakasih kepada beliau yang memberi kepercayaan pada ad untuk membantu beliau.Pengalaman adalah satu pelajaran dan harta yang amat berharga dalam hidup kita.

7 April 2010

GUBAHAN;Majlis pertunangan Farhana

Bulan ni diawal minggu ad dapat job untuk majlis pertunangan seorang gadis yang tinggal sama tempat tetapi bekerja dikl.Beliau adalah FARHANA...he.he..mcm lagu jinbara pulak farhana oh farhana...Cik farhana ni orangnyer simple jer...tapi dia punya kebimbangan tu...pehhhh...tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar setelah kami berbincang...dan berdiskusi...he..he..sportinglah farhana ni...kelakar pun ada...
LUAHAN; mumula beliau memilih warna pink lepas tu bertukar fikiran kepada coklet tapi akhirnyer beliau memilih warna hijau muda...untuk pelamin ad buatkan pelamin mini berwarna gold.alhamdullillah akhirnyer beliau berpuas hati.so terimakasih buat farhana yang percaya kepada ad untuk menyempurnakan sebahagian dari  majlis pertunangannyer.Keluarganyer juga sporting..sangat tq pakcik..dan makcik serta keluarga yang lain..seronok dengan tugasan kali ini..semuga jodoh kalian berpanjangan dan jangan lupa kalu kawin sok mailah kat kedai ad ya...jom kita layan pic mereka...ooiii orang2 kampung farhana dah bertunang..............
Emm inilah baju yang ad buat khas untuk dipakai oleh farhana ....tapi dia tak dibenarkan tengok baju ni sampai hari majlis...tapi dia hantar spy untuk melihat baju ni...haaa...ngelat ehhhhh......
Ahh..nilah pelamin bertunang untuk cik farhana kita...di sebalik bunga di sebelah kiri tu ada rahsia tau...kita jer yang tahukan farhana.....he..hee...
Emm masa ni..kami dalam persiapan menunggu kedatangan rombongan pihak lelaki  jdi ad tolonglah susunkan barang2 hantaran farhana ni....ad lebih suka barang hantaran disusun begini jadi tidaklah menyesakkan bilik tu..kan...nak amik gambar pun senang dan senang untuk sesapa nak tengok .....tak payah lagi nak terjenguk jenguk dan terjingkit-jingkit....tapi semua terpulanglah pada masing2 untuk farhana ni dia terima idea ad...

Ini adalah sirih yang ditempah oleh farhana untuk diberi pada pihak lelaki....Barang hantaran lain di gubah oleh keluarganye.Nasib baik dapat gak ross krim tu walau pun cuma 6 kuntum....kalau tak...mesti nangisss cik farhana kita tu...he..hee jangan marah haaa....ana...
Haa nilah dia cik farhana kita....ni dia belum makeup lagi....tengoklah tu..dia dengan trade mark dia bila bergambar...walau pun dah diberi last warning oleh kawan-kawan dia dan adi sendiri namun ada dia kisah....eeee ..rasa nak cubit jerrrr....perasan tak leher baju yg dipakai oleh farhana tu..ha tulah dia kelainan pada baju tu..walaupun baju kurung moden tapi bahgian leher tu ad buat lain sikit...tapi bila pakai tudung kenalah masuk kat dalam baru nampak design tu kalu tak penat je..abng buat dek.......
Emm masa ni dia dah tak leh wat aper...kena duduk diam ha..ha...farhana nak solekan nipis sajer dan tak mahu apa2 dibuat pada kening ...bulu mata palsu pun dia tak nak pakai...eishhhh eishhhh.....sempoinyerrr cik adik niii....tapi ok gak dia tetap cantik tanpa aper-aper yang palsu diwajahnyer.....tapi ad tetap nak pastikan dia kelihatan cantik walaupun makeupnyer tidak tebal......
Haaa....ni diaaaa...dah siap dah...bertuahlah abg awak farhana...dahlah cantik....baik....budi bahasa....ramah...he..he puji lebih ni....kawin jangan lupa tau.......
Eh..ehhh ni apa plak ni??...kalau nak tahu nilah geng bus sekolah yang membuli farhana dari awal lagi...tengk tu sampai bunga tangan dia pun korang nak rebut.....sebenarnyer tulah kawan-kawan farhana..yang sporting moting.....sory gurl tak sempat nak touch up you all...jgan marah k...apa pun tq sebab dah bantu abg untuk memakaikan pakaian farhana tu...tq..tq....
Tengok tu...tak renti-renti dok membuli............ish-ishhhh.....
OK pada farhana selamat bertunang dan semuga kamu berdua akan sampai kejinjang pelamin..Abg ad minta maaf kalu ada salah dan silap sepanjang majlis tu hari..terimakasih juga pada keluarga farhana yang ramah dan baik sekali.Layanan dan budi baik anda sekeluarga tetap abg ingati..terimakasih juga kerana memberi kepercayaan kepada DZAKOLEKSI untuk majlis anda.tq banyak-banyak.